Friday, April 3, 2009

Tazkirah - Teka -teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya; "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah Mati. Sebab janji Allah setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)
Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: "Negeri China"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar ialah Masa Lalu. Bagaimanapun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan amalan yang sesuai dengan ajaran agama".
Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1: "Gunung"
Murid 2: Matahari"
Murid 3: Bumi"
Murid 4: "Laut"
Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah Hawa Nafsu (Surah Al-A'Raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita. Jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Imam Ghazali bertanya lagi; "Apakah yang paling berat di dunia?"
Murid 1: Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
Murid 4: "Unta"
Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah Memegang Amanah (Surah Al-Ahzab:72). Tumbuh-tumbuhan, Binatang, Gunung, dan Malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali bertanya lagi: "Apakah yang paling ringan di dunia?"
Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"
Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah Meninggalkan Solat. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat".
Imam Ghazali terus bertanya: "Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab: "Pedang"
Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah Lidah Manusia. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

2 comments:

  1. Satu perkongsian ilmu yang amat baik dan boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. Harapan ianya bukan sekadar tulisan sahaja tetapi dijadikan amalan dalam hidup.
    Terima kasih saudara Kandot65.

    ReplyDelete
  2. Yang benar. Semoga kita sentiasa teringat dan diingatkan. Insyallah.

    ReplyDelete