Monday, April 13, 2009

Cerita Hantu

Mutakhir ini dapat dilihat kecenderungan saluran TV di negara kita menayangkan cerita-cerita seram (hantu). Kalau tak pun, terdapat tayangan yang berkaitan dengan dunia misteri dan mistik. Memang tidak dinafikan pelbagai cerita seram dan misteri ini sedikit sebanyaknya akan mempengaruhi pemikiran seseorang tentang hantu dan perkara-perkara ghaib dan pelik. Mungkin cerita tentang hantu ini boleh dijadikan renungan....

Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan. Setelah menghabiskan kerjanya, lebih kurang pukul 10 malam, dia yang berada di tingkat 8 bangunan itu bersedia hendak turun ke tingkat bawah. Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.
Apabila sampai di tingkat 35, pintu lift terbuka dan masuklah seorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikal mayang serta berbau sangat wangi. Razak berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus ke belakangnya. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift sedang turun, lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black- out. Semasa dia meraba-raba mencari loceng kecemasan lift itu, dia terbau sesuatu yang amat busuk. Dlam kegelapan itu, pelbagai perkara bermain di fikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu. Lututnya pun semakin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya.
Peluh di badannya sudah pun keluar dan matanya pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.
Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi. Giginya yang amat cantik sambil berkata;
" I'm sorry, tadi I terkentut".........

2 comments: