Untuk mengurus kita perlu merancang. Dalam merancang, kita juga perlu tahu cara mengurus perancangan. Mengapa perancangan penting dalam pengurusan?
- Segala aktiviti perancangan adalah khususnya untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi yang dimandatkan kepadanya.
- Kita merancang untuk mengatasi atau mengurangkan masalah yang dijangka/diandaikan akan timbul. Perancangan juga menentukan setiap aktiviti pengurusan itu dibuat secara sistematik.
- Perancangan adalah proses dimana seseorang itu membuat keputusan mengenai objektif yang ingin dicapai dan memastikan bagaimanan objektif-objektif tersebut hendak dicapai secara berkesan.
- Perancangan juga merupakan proses yang intelektual, keazaman dan tindakan yang bijak berdasarkan keputusan ke atas tujuan, pengetahuan dan penganggaran (estimation) yang tinggi. Pentingnya perancangan ialah dapat menentukan:
- Idea manakah yang dapat diterima?
- Apa yang dapat ditambah kepada idea ini?
- Apa yang perlu ditolak?
- Apakah alternatif yang boleh dipilih?Apakah prioriti kita? Melalui perancangan kita juga akan dapat:
- Membuat keputusan dan mendapatkan kepastian mengenai strategi-strategi yang bakal digunakan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
- Menentukan dan mengagih sumber-sumber (sumber manusia, kewangan, fizikal dan teknikal).
- Mengenal pasti bentuk kawalan dan pengawasan bagi memastikan objektif yang ditentukan tercapai. Melalui perancangan kita akan dapat:
- Menentukan apa, bila, siapa, bagaimana, mengapa dan di mana sesuatu aktiviti atau tindakan itu harus dilaksanakan.
- Mengenal pasti objektif serta menentapkan kaedah untuk melaksanakan setiap aktiviti dalam pengurusan.
- Mengumpul serta menganalisis maklumat supaya dapat membuat keputusan pengurusan yang bijak.
- Mencari alternatif atau pilihan semasa membuat keputusan untuk sesuatu tindakan atau aktiviti.
- Menyedia dan menghubungkan perancangan dengan keputusan yang telah dibuat.
No comments:
Post a Comment