Wednesday, April 8, 2009

Keputusan Pilihanraya Kecil (PRK)


Di Kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) menang dengan majoriti 2,789 dengan mendapat 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
DI DUN Bukit Selambau pula, Calon PKR, Manikumar menang dengan majoriti 2,403 dengan mendapat 12,632 undi manakala pencabar terdekatnya Datuk S. Ganesan mendapat 10,239 undi.
Menariknya di Sarawak, Calon BN, Malcom Mussen Lamoh memenangi DUN Batang Aik dengan majoriti 1,854. Malcom mendapat 3,907 undi berbanding calon PKR Jawah Gerang yang memperoleh 2,053 undi.
Sekadar pandangan kenapa BN menang di Sarawak.
  • Parti BN di Sarawak memang sudah lama mendominasi kawasan tersebut.
  • Seolah-olah telah tertanam dalam minda pengundi (terutama generasi tua) Lambang BN sudah sinonim sebagai parti pemerintah yang harus disokong.
  • Kerajaan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi menawan hati pengundi di situ. Pelbagai projek dan kemudahan disediakan dan dijanjikan.
  • Mewujudkan sentimen tidak menerima Parti dari Semenanjung. (Parti asing)
  • Gerakan secara bersepadu jentera pilihanraya BN bagi memastikan calon Bn menang.
  • Budaya masyarakat kita yang menghormati pemerintah. Ketua Menteri dan Menteri-Menteri yang lain turun padang sudah pasti memberi kredit kepada calon BN. Selain itu, sokongan rakan-rakan dalam komponen BN dari negeri lain seperti Sabah juga banyak membantu.
  • Pendekatan mendampingi dan mempengaruhi ketua (Penghulu dan tuai rumah ) ternyata strategi berkesan. Biasanya anak buah akan mengikuti kata seorang ketua yang dihormati. Si isteri pula akan menuruti kata si suami.
  • Mentaliti masyarakat yang dimomokkan ,sekiranya tidak menyokong BN atau parti kerajaan bererti menentang kerajaan. Orang yang menentang kerajaan tidak akan mendapat apa-apa kemudahan dan bantuan daripada kerajaan. (Disenaraihitamkan)

Di pihak Parti Pembangkang pula:

  • Kekuatan jentera pilihanraya agak terbatas dalam banyak aspek seperti manpower, fasiliti, projek?, dan banyak lagi berbanding dengan BN.
  • Mengharap kepada generasi muda untuk melakukan perubahan sedangkan banyak pengundi di situ adalah golongan veteran.
  • Maklumat dan penerangan tentang isu-isu dibangkitkan seperti tanah NCR walaupun mampu menarik perhatian tetapi masih dapat dipatah oleh pihak BN.
  • Masyarakat di situ tidak begitu yakin PKR mampu membuat perubahan kerana mereka telah diyakini bahawa parti pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa pembangunan di situ.
  • Sambutan masyarakat tidak begitu memberangsangkan kerana atas sikap dan budaya barangkali, " sesiapapun yang memerintah, hidup kami macam ni lah jugak."
  • Kesedaran untuk bangun bertindak dan menentang sesuatu ketidakpuasanhati terhadap isu-isu yang dibangkitkan belum lagi terpahat dalam hati penduduk di situ.

1 comment:

  1. ada juak kebenarannya tp sik semua dpt di pakei di semenanjung nun..susah kita nok madah kos permainan politik kita di ctok dgn cdak d sinun jauh berbeza. adakah kita lebih matang dan bijak dari cdak sebelah nun at6au sebaliknya...susah mok cakap. yang pasti urg kita hanya menyokong kpd sesuatu yg nang dah pasti dan kita sik berapa berani nok nyokong sesuatu yg belum pasti lebih2 lagi bila kita nanggar cara dan pendekatan agressif cdak belah nun bila berkempen. sejaik-jaik kita dcitok, sik lah sampei ke tahap menderhaka atau berkelakuan kurang ajar dgn pemimpin walaupun kita sik suka dgn nya. itulah kekayaan urg kita d Sarawak tok.

    d harap cdak sebelah nun (sik ngira BN atau PR) belajar dari kita ctok cos mun kita nok membangkang sekalipun, ada cara yg lebih baik dari kita memporak-porandakan perpaduan kaum...

    ReplyDelete