Monday, April 6, 2009

Komunikasi Berkesan?


Ceritanye.....
Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Managernya...
"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tidak dapat kita lihat setiap hari. Untuk melihat fenomena tersebut, semua pekerja diminta berkumpul di padang dengan berpakaian kemas. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak dapat melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin sahaja."
Lalu General Manager itu menyampaikan arahan Bosnya kepada Ketua Jabatan...
"Ini adalah arahan Managing Director... Esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas... Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak dapat kita lihat setiap hari."
Dan Ketua Jabatan pula menyampaikan kepada Ketua Seksyen...
"Ini adalah arahan dari Managing Director. Esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. ini adalah kejadian yang tak dapat kita lihat setiap hari".
Seterusnya Ketua Seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada Penyelia...
"Jika esok turun hujan di kantin.. Kejadian yang tak dapat kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi."
Akhir sekali Penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada Pekerjanya...
"Esok pagi... pada jam sembilan... Managing Director akan gerhana... Sayang sekali, kita tidak dapat melihatnya setiap hari...



Moral di sebalik cerita...

  • Perlu ada kemahiran berkomunikasi
  • Kesan daripada kecairan maklumat

2 comments:

  1. Sepatutnya semua pekerja didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi. Benda yang kecil dan nampak remeh kalau tak ditangani dengan betul akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

    ReplyDelete
  2. kemahiran berkomunikasi seperti bercakap dan mendengar wajar dikuasai oleh semua pihak di semua peringkat. inilah punca utama timbuilnya salah faham antara dua pihak atau lebih apabila kita gagal melakukan komunikasi yg berkesan.

    ReplyDelete