Friday, April 3, 2009

Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah


  1. Pendekatan Intimidation - Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

  2. Pendekatan Autoritarian - Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur. Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.
  3. Pendekatan Cookbook Management - Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.
  4. Pendekatan Sosioemosi - Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (Interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkah laku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.
  5. Pendekatan Permisif (Kebebasan) - Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

  6. Pendekatan Pengubahan Tingkah laku. - Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.
  7. Pendekatan Pengajaran. - Proses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.
  8. Pendekatan Proses Kumpulan. - Kumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

# Sumber: Cgu bashid

No comments:

Post a Comment