Monday, April 20, 2009

Perjalanan....

Ternyata ia mengundang resah. Keletihan dan memenatkan. Seketika pancainderaku serasa tidak berfungsi seperti biasa. Memang benar, kekadang meskipun mata terbuka luas tetapi ia tidak mampu melihat. Telinga tidak mahu mendengar. Fikiran menerawang tanpa arah. Pancainderaku kubiarkan sendiri tanpa aku bersama mereka.


Biarkan..... nanti ia pasti akan kembali semula.

9 comments:

  1. Perjalanan 12 jam memang memenatkan, apatah lagi kalau jalan rayanya tak ok. Jauh nar juak perjalanan kita pok. Mun nak jumpa ngan keluarga 12 jam sik ada apa-apakan, tapi menggembirakan walaupun letih dan memenatkan. Seronok bila dapat dengan keluarga walaupun sekejap.

    ReplyDelete
  2. Perjalanan hidup pok.... banyak yg sik terduga.

    ReplyDelete
  3. Insan yang dikeciwakanApril 21, 2009 at 10:21 AM

    Sememangnya dalam hidup kita tok ada bermacam-macam masalah, cabaran dan dugaan yang akan kita hadapi tanpa diduga. Lain yang kita harapkan lain yang menjadi. Setiap orang ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya. Yang penting kita perlu menanganinya dengan berhikmah.Allah tengah menguji kita sebenarnya. Tapi Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu.Apatah lagi masalah akan lebih sukar jika melibatkan orang lainkan. Lebih-lebih lagi dengan insan yang kita sayang, keluarga kita : suami, isteri, abang, adik beradik atau kekasih kita. Setiap masalah yang timbul cuba berbincang dengan cara baik dan berterus terang, agar hubungan tidak 'panas' dan menambahkan 'beban masalah' buat kita dan keluarga. Berfikir secara positif dan jangan mengeruhkan suasana atau hubungan. Selesaikan dengan cara baik dan berhikmah.

    ReplyDelete
  4. Jangan cepat berputus harap. Tuhan menguji kita dgn pelbagai cara dan tahapnya jugak berbeza dalam kalangan manusia. Manusiapun berbeza dari segi ketahanan dan kemampuannya untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan.

    ReplyDelete
  5. "Allah bersama dengan orang-orang yang sabar." (Maksud Al Quran)

    ReplyDelete
  6. sabarlah bang. Mek tauk kitak tabah dan senyum kitak bagai penawar luka di hati. rugi anggerik sik dapat jejaka macho macam abang. family type gik ya. tetap dengan perinsip sik maok roboh masjid orang. anggerik tetap minat kat senyum manis abang. jangan mare...

    ReplyDelete
  7. Musibah yang Allah turunkan punya hikmah yang tersembunyi. Allah itu Maha Adil. Setiap kesusahan diberinya kesenangan . Kecewa diberinya bahagia. Kegagalan....kemenangan. Masa ini kita berada di bawah. Satu ketika kita berada di kemuncak.Dah lumrah hidup di dunia. Manis, pahit, masam, masin semua ada. Tabah dan sabarlah dengan semua ini. Itu tandanya Allah dekat dengan abang. Sebab itu ujian yang hebat abang terima. Setiap musibah yang kita terima, kita ingat kepada Allah. Kita belajar bersyukur dan berasa nikmat dalam keinsafan. Adik doakan abang berjaya menegakkan kebenaran. Berani kerana benar, takut kerana salah. Adik sentiasa mendoakan kemenangan untuk abang. Amin....

    ReplyDelete
  8. kamek confius macam ni kitak tauk perjalanannya 12 jam sebab sik ada dicerita dalam tuk & apa cerita sebenarnya....kalau boleh dikongsilah.

    Teman bicara..

    ReplyDelete
  9. Tuhan sik akan uji kita dengan musibah-musibah yang sik boleh kita tanggung. Nya nak nguji
    sejauh ni keimanan kita kepadaNya dan akan mengurniakan perkara yang bait untuk kita. Jadi terimak segala ketentuanNya dengan redha. Kamek yakin kita mampu menghadapinya.

    ReplyDelete