Friday, September 4, 2009

Allahyarham Nenda Haji Ahmad Buang yang tersayang.

Ketika Nenda di rawat kerana patah kaki akibat terjatuh

Bersama nenda pada Aidil Fitri yang lepas.

Hari ini merupakan hari ketujuh Allahyarham nenda kembali ke Rahmatullah. Insya Allah selepas solat Jumaat saya akan balik ke kampung untuk bersama saudara mara dan jiran tetangga bertahlil dan berdoa moga roh nenda ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.
Teringat masa kecik-kecik saya sentiasa bersama nenda ke kampung-kampung mengajar ilmu agama dan saya ditugaskan menjadi muazzin ketika itu. Allahyarham banyak mengembara bukan sahaja di Tanah Melayu malahan ke Indonesia mempelajari Ilmu agama. Saya mengagumi nenda kerana Allahyarham bukan sahaja seorang guru agama, Imam masjid, guru Tarikat Qadariyah dan Naksabandiyah malah orang kampung juga mengingati beliau sebagai seorang pengarang cerita bangsawan. Beliaulah yang banyak menghasilkan skrip drama bangsawan yang dipentaskan sebagai hiburan orang-orang kampung ketika itu.
Saya pernah cuba membawa nenda untuk bertemu dengan anaknya hasil pengkongsian hidupnya dengan seorang wanita di Tanjung Pagar, Singapore puluhan tahun yang lalu namun ia menolak dengan alasan tersendiri. Sehingga ke akhir hayatnya kedua-duanya( Nenda dan anaknya Rafeah) tiada kesempatan untuk hidup bersama. Sebenarnya banyak cerita yang boleh dikongsikan tentang Arwah nenda. Doa daripada kami semua moga roh nenda ditempatkan bersama-sama orang yang terpilih di sisi Allah SWT. Amin...

3 comments:

  1. Takziah diucapkan, moga beliau di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

    ReplyDelete
  2. Wajah nenda anda nampak tenang sekali. Mencerminkan ketinggian ilmunya. Tapi kenapa ya dia tegar tidak mahu ditemukan dengan anaknya yang terpisah itu sehingga ke akhir hayat. Tentu rahsianya sungguh besar....tulislah buku mengenai nenda anda ni, tidak ramai orang sepertinya. Al-fatihah untuk beliau...

    ReplyDelete