"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Wednesday, September 9, 2009
Bila ajal sudah tiba.....
Dua hari lepas saya sempat menziarahi jenazah seorang teman. Saya kesal kerana tidak sempat menziarahinya pada saat-saat akhir ketika beliau tenat sakit menghidap kanser darah dan ketumbuhan pada bahagian otak. Beberapa kali saya merancang untuk menziarahinya namun hajat saya tidak kesampaian sehinggalah beliau menghembus nafas terakhirnya. Alhamdulillah, saya sempat memberi penghormatan terakhir kepadanya dengan mengangkat jenazahnya ke dalam keranda untuk di bawa balik ke kampung menggunakan sebuah van. Jenazahnya akan diuruskan mengikut adat orang iban dan agama kristen sebelum disemadikan pada hari ini. Melihat wajah isteri dan membayangkan anak-anaknya yang kehilangan ayahnya sebagai tempat bergantung dan mendapat kasih sayang membuatkan saya semakin sayu dan tersentuh. Semuanya menimbulkan rasa keinsafan dalam diri agar sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah selama ini. Teringat dengan maksud ayat Al Quran yang lebih kurang bermaksud, " Apabila datang ajal ia tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun". * Teringat dengan arwah atuk yang sudah menyediakan semua peralatan untuk mengurus jenazahnya sewaktu hampir saat kematiannya.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment