Thursday, September 17, 2009

Kalungan Selipar untuk Negarawan

Bila emosi, perasaan marah tanpa pertimbangan akal yang waras inilah jadinya. Merenung fikir senario yang berlaku dalam negara sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak meresahkan saya. Sudah hilangkah adab dan budaya menghormati segelintir masyarakat kita pada hari ini? Atau atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi kita bebas mengeluarkan apa saja seenaknya dari mulut kita tanpa memikirkan bahananya. Menidakkan sumbangan pemimpin negara kepada semua kaum di negara ini adalah suatu yang tidak dapat diterima. Jangan kerana rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu atau perkara kita terus bertindak diluar batasan yang kesannya menjadi begitu besar/serius jika tidak ditangani dengan bijak.

1 comment:

  1. Sememangnya senario hari ini membimbangkan. Tak dapat dibayangkan jika adab dan nilai dah semakin terhakis. Puncanya cogan kata " Kepimpinan Melalui Teladan" diaplikasikan oleh rakyat.Ada pemimpin yang mempamerkan nilai yang tidak baik di khalayak umum. Kalaulah pemimpin dah bersikap macam tu, apatah lagi rakyat, lebih-lebih lagi kepada pengikut yang begitu taksub dengan seseorang pemimpin.

    ReplyDelete