Sunday, February 1, 2009

4 Safar - Kenduri Arwah Allahyarhamah Emak tercinta.



Semalam genap 9 tahun arwah emak meninggalkan kami. Terasa seperti semalam emak pergi. Ingatan terhadap emak tidak pernah luput dan terpadam dalam memori ingatan. Emak banyak mengajar erti kehidupan. Emak mendidik erti tanggungjawab, erti kasih sayang, erti kesabaran, dan banyak lagi. Seperti biasa, setiap kali muncul 4 Safar setiap tahun, kami sekeluarga akan berkumpul di rumah ayah di kampung. Alhamdulillah, kenangan bersama arwah emak dikongsi bersama bukan sahaja kami adik beradik tetapi semua yang mengenali arwah emak. Keriuhan suasana di dapur dan gema tahlil dan gemersik nada Doa buat emak begitu terkesan di hati ini. Moga arwah emak ditempatkan dan tergolong dalam kalangan orang-orang beriman kepadaNya. Amin....

Kami tetap merindumu mak......

3 comments:

  1. Ibu.....Ibu....
    Engkaulah ratu hatiku..
    Bila ku berduka
    Engkau hiburkan hatiku...
    Ibu.....Ibu

    Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat ibu. Ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk anak-anak dan famili. Oleh itu tepat perumpamaan yang mengatakan " Syurga itu Di bawah Kaki Ibu ".
    Justeru itu, kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, cintai dan sayangilah ibu sepenuh hati.
    Kepada semua yang sudah bergelar ibu, berbanggalah dan tunaikan tanggungjawab anda dengan penuh tanggungjawab.

    ( Buat renungan ):-
    " Kebahagian adalah wangian yang tidak mampu anda limpahkan kepada seseorang tanpa melimpahkan sebahagiannya kepada diri anda sendiri "

    ReplyDelete
  2. Bagi yang masih mempunyai ibu, jagalah ibu, berilah kasih sayang kita kepadanya.Ibu tidak pernah meminta kita menyayanginya tetapi tanggungjawab kitalah untuk menyayanginya. Kasih sayang kita tidak akan dapat menyamai kasih sayang kedua ibu bapa sebab itulah dalam doa yang selalu kita baca, "Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan sayangilah mereka spertimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil".

    ReplyDelete
  3. kalau ada tak merasa sudah tiada baru terasa justeru itu didiklah anak agar jadi insan yang berguna.

    Manja Matang

    ReplyDelete