Sunday, February 1, 2009

Feri oh feri



Seperti biasa kerisauan akan bertandang dalam fikiran setiapkali nak balik ke kampung. Pertanyaan yang sering bermain dalam fikiran ialah "ada ke tidak feri". Kampung bukannya jauh sangat dan perjalanan akan lebih singkat sekiranya kita sempat untuk menaiki feri tepat pada masanya apabila tiba di pangkalan Feri. Berbanding perjalanan melalui jalan alternatif ( jalan darat ) masa perjalanan dapat dipendekkan melebihi satu jam. Oleh itu perjalanan dengan menaiki feri adalah lebih diutamakan.
Perjalanan ke kampung untuk bersama dalam majlis kenduri arwah emak terpaksa dirancang seawal pagi selepas solat subuh kerana bimbang ketiadaan feri akibat tiang di Pangkalan feri di Sg. Bulu tumbang kesan air deras akibat pasang besar dan hujan yang berterusan minggu lepas. Feri hanya beroperasi pada waktu air pasang sahaja. Dalam feri merentasi Sungai Samarahan dan Batang Sadong saya membayangkan perjalanan tentu akan lebih cepat dan mudah sekiranya kerajaan dapat membina jambatan menghubungi dua destinasi tersebut. Alhamdulillah seawal 815 pagi, kami sudahpun berada di kampung.

4 comments:

  1. Sekurang-kurangnya ada jalan alternatif ... tengok jalan ke Mukah hanya kenderaan besar saja yang boleh melaluinya.

    ReplyDelete
  2. Yang penting masih dapat balik kampungkan. Bersyukur.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya jambatan dibina ia bukan setakat memudahkan perjalanan tetapi ia juga mampu berperanan menjana ekonomi penduduk temapatan di situ. Pembangunan fizikal dan pembangunan dalam bidang pertanian, perikanan dan sebagainya dapat ditingkatkan. Jalan pesisir yang dibina sudah pasti mempunyai agenda pembangunan yang lebih besar untuk rakyat. Kita sudah Merdeka melebihi 50 tahun dan nikmat kemerdekaan dengan pembangunan di kawasan tersebut seharusnya tidak dikesampigkan begitu saja. Sebenarnya saya cemburu dengan pembangunan di temapt-tempat lain sedangkan majoriti penduduk di sini adalah bumiputera.

    ReplyDelete
  4. salam,
    tahniah, saya telah lawati yur site, amat menarik sekali..
    semoga terus berjaya.

    Dr Kamil Salem

    ReplyDelete