Thursday, February 12, 2009

Kesian.....

Rancangan 360 TV3, yang memaparkan cara pihak DBKL menghapuskan anjing dan kucing liar(tidak bertuan) mengundangkan pelbagai reaksi banyak pihak. Saya sendiri tersentuh apabila melihat tindakan kejam yang dilakukan oleh pihak DBKL terhadap binatang tersebut. Saya percaya teman-teman di luar sana pun sependapat dengan saya bahawa pihak DBKL tidak wajar memperlakukan binatang yang tak berdosa tersebut sedemikian rupa. Peristiwa tersebut membuat saya terus berfikir dan tertanya-tanya....




  1. Binatang pun makhluk Tuhan jugak. Adalah hikmahnya kenapa Tuhan jadikan binatang-binatang tersebut.

  2. Perlukah binatang-binatang tersebut dihapuskan?

  3. Ada tak cara yang lebih berperikemanusiaan dan berperikebinatangan mematikan binatang-binatang tersebut?

  4. Mengapa tidak diwujudkan pusat melindungi/menjaga haiwan terbiar ini?

  5. Tidak terfikirkah kita, kewujudan binatang terbiar ini juga berkaitan atau disebabkan oleh manusia juga.

  6. Begitu murahkah nyawa binatang-binatang ini?( kalau tak silap, setiap ekor yang dibunuh akan dibayar oleh pihak DBKL)

  7. Tidak ada kah sekelumit rasa simpati dan kasihan dalam hati mereka?

  8. Sampainya hati .....

  9. Entahlah.... apa lagi ya..

Teringat kata-kata atuk semasa saya memberi pusak (kucing) makan: "Binatang-binatang inilah yang akan mendoakan kita ketika kita menghadap Tuhan nanti"

5 comments:

  1. ntah apa-apa mamat ni tulis. Dia ni betul ke tak?

    ReplyDelete
  2. Auklah. tok bukan ruangan tempat promote 'barang' jualan.
    Berbalik kepada isu di atas.
    Binatang-binatang itu pun makhluk Allah juga. Allah jadikan mereka bukan saja-saja, pasti ada hikmat di sebaliknya kepada manusia. Bayangkan andai anak-anak kita orang perlakukan macam tu bagaimana perasaan kita?. Apakah salah binatang-binatang tersebut sehingga diperlakukan sedemikian rupa?. Teringat cerita zaman Nabi Muhammad S.A.W tentang seorang pelacur yang menolong seekor anjing dibalas masuk syurga oleh Allah S.W.T. Fikirlah...setiap perbuatan kita di dunia ini akan dibalas di akhirat kelak.So, bertaubatlah....

    ReplyDelete
  3. sapanbalike ya? belukuk gilak.
    neway, mana-mana cdak adik kakak nok ada pusak or asuk, jaga mena-mena binatang ktk urg. jgn sampei nyusah urg kerek kanan.

    ReplyDelete
  4. Jangan nganok nya pok. Kesian ngan nya. dah nya belukuk bertambah-tmbahlah belukuknya. Sik nengar beduk lah ya.

    ReplyDelete
  5. he..he, asal dapat nk nguntung ajaklah ya

    ReplyDelete