Wednesday, February 4, 2009

Tip Pengurusan Kelas


"Biasalah, kelas hujung", "Sik heran pok,pelajar straight E's", Cik gu dari langit pun yang mengajar, belum tentu lulus", "Tak payah guna psikologi, guna ketuklogi atau tamparlogi", "Dahlah bodo berlagak macam orang pandei", "Dah bermacam-macam cara, kaedah digunakan tapi masih kedak ya", "lemah na nyawa masuk kelas ya" , "Kesian na ngan mbiak kelas ya"', - Sekadar memberi beberapa contoh nada-nada yang menggambarkan keadaan sebenar dan realiti di sekolah. Nada kecewa, geram, marah, menyerah, putus asa dan pelbagai lagi. Meskipun berhadapan dengan pelbagai karenah anak murid, guru tetap bersedia menjalankan tugas dan amanah yang pertanggungjawabkan. Sedaya upaya mereka dengan penuh komitmen akan memastikan anak murid mereka tidak ketingggalan dalam pelajaran dan dapat meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Masyarakat di luar sana masih tidak mengetahui dan memahami apa yang dihadapi oleh para guru di sekolah. Memetik pandangan daripada Dr. Fred John, mungkin tip pengurusan kelas ini sedikit sebanyaknya dapat membantu para guru untuk mengatasi masalah yang wujud walaupun tidak semuanya dapat diatasi.

  • Wujudkan minat dalam diri anda terhadap pelajar. Guru perlu memiliki minat yang tulen terhadap pelajarnya. Terdapat dalam keadaan tertentu, guru memaksa diri untuk cuba meminati pelajar-pelajar di dalam kelas yang dianggap 'bermasalah', namun lama-kelamaan perasaan itu menjadi sesuatu yang benar, tulen dan ikhlas. Dengan itu cik gu akan kerap memberi pujian dan kata-kata perangsang kepada pelajar-pelajar. Guru juga harus kerap berkomunikasi/berinteraksi dengan pelajar secara individu dan bukan hanya berkumpulan sahaja.

  • Nyatakan peraturan kelas dengan jelas. Guru perlu melaksanakan peraturan kelas dengan adil dan konsisten.

  • Cuba fahami pandangan pelajar. Cik gu perlu meletakkan dirinya sebagai pelajar dan cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan pelajar.

  • Guru juga manusia. Oleh itu, seharusnyalah sebagai seorang guru mengaku kesilapan yang mungkin dilakukan ketika menjalankan tugas. Gunakan pendekatan humor jika perlu untuk menarik perhatian pelajar dan mengurangkan ketegangan.

  • Minimumkan jurang atau jarak dengan pelajar. sentiasa duduk di meja guru atau berdiri di belakang pelajar hanya mewujudkan jurang antara guru dan pelajar. Pelajar akan membuat tanggapan bahawa cik gu sengaja tidak mendekati mereka.

  • Selesaikan masalah pelajar dengan segera. Ini dapat mengelakkan sesuatu masalah itu 'berjangkit' dan berlanjutan sehingga mungkin menyulitkan keadaan.

  • Gunakan kaedah berkumpulan (Collaborative). Guru memberikan peluang kepada pelajar membuat keputusan di dalam kelas. Berikan kefahaman kepada pelajar bahawa kelas itu adalah 'kelas kita dan bukan kelas saya'. Wujudkan sikap kekeluargaan di dalam kelas.

Suasana kondusif sangat penting untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2 comments:

  1. Mengurus dan mengawal tingkah laku pelajar yang ramai di bilik darjah adalah sukar dalam apa-apa jua situasi.Guru tentu akan berasa sangat kecewa dan sedih apabila sesetengah pelajar tidak berminat untuk belajar dan ponteng daripada menghadiri pengajaran di bilik darjah.
    Berikut di antara tip-tip yang boleh para guru cuba untuk mengurus dan mengekang tingkah laku pelajar, seterusnya untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan tenang di dalam bilik darjah:-
    1. Tunggu sehingga senyap.
    2. Sentiasa tenang
    3. Elakkan konflik
    4. Tahu bila perlu fleksible
    5. Menetapkan sempadan
    6. Tetapkan matlamat pelajar
    7. Alihkan masalah
    8. Gunakan akal bukan emosi apabila berindak
    9. Renungan tajam
    10. Kawal intonosi suara
    11. Ulang, ulang, dan ulang
    12. Kaedah pengajaran yang konsisten
    13. Mengurus suasan bilik darjah
    14. Kawalan tingkah laku
    15. Mulakan dengan " saya '
    16. Teguran efektif
    17. Tingkah laku yang positif.

    Jika para guru dapat mencapai suasana yang tenang dan seronok dalam pengajaran, pasti akan mendapat respons tingkah laku yang positif daripada pelajar-pelajar.
    Selamat Mencuba......semoga berjaya.
    Yakin boleh........


    5.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas tip-tip yang sangat berguna sebagai panduan rakan-rakan guru kita. Sebagai seorang guru kita seharusnya sedar bahawa latihan perguruan yang diterima semasa praperkhidmatan belum mencukupi untuk berhadapan dengan situasi sebenar dalam dunia pendidikan. Apa yang penting ialah kita harus melengkapkan diri dengan ilmu kerana senario dunia pendidikan sekarang menuntut kita untuk lebih advanced dalam bidang kita sendiri.Proses menuntut ilmu tiada noktahnya dalam diari kehidupan seorang guru. Semasa mengajarpun (mendidik), kita sebenarnya belajar daripada mereka.

    ReplyDelete