Thursday, February 19, 2009

Indahnya Seorang Yang Bernama Wanita


Kuasa Pujukan Wanita
Kehebatan wanita dalam pujuk rayu memang tidak dapat disangkal lagi. Tidak ada wanita yang tidak mahir dalam seni ini. Kaum lelaki boleh dipujuk dan dirayu untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.
Beberapa contoh keruntuhan Empayar yang dibina oleh lelaki disebabkan daya pujukan seorang wanita;

  1. Napoleon Bonarparte dan Josephine.
  2. Anthony dan Cleopatra.
  3. Hitler dan Matahari.
  4. Samson dan Delila.
  5. Abu Lahab dan Hendon.

Kuasa Sokongan Wanita

Beberapa contoh wanita yang menjadi kekuatan kepada kepimpinan seorang lelaki sehingga berjaya mengatasi segala ujian dan cabaran tanpa melemahkan semangat juang mereka dalam menegakkan kebenaran dan kekuatan agama;
  1. Nabi Muhammmad saw dan Siti Khadijah serta isteri-isteri baginda yang lain.
  2. Nabi Ayub dan Siti Rahmah.
  3. Nabi Ibrahim dan Siti Sarah serta Siti Hajar.
  4. dan banyak lagi contoh yang lain.

Kuasa Kejelitaan Wanita

Hal ini diketahui oleh semua orang. Kejelitaan wanita boleh menumbangkan ramai lelaki hingga banyak yang terarah melakukan perkara-perkara yang tidak wajar. Sebaliknya kuasa jelita yang ada pada kaum muslimah boleh menimbulkan kecintaan yang tinggi terhadap Allah di mana seorang isteri boleh mempengaruhi suami dalam hal-hal yang diredhaiNya.

Kuasa Layanan Wanita
Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi daripada wanita yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah malah memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
Kuasa Doa Wanita
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw:
"Doa ibu itu lebih cepat makbul". Orang bertanya, "Kenapa ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Kuasa Taqwa Wanita
Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh wanita berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada wanita adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam kata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh wanita kecuali Nabi Adam a.s.. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi wanita kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut wanita yang menghamilkannya dan melahirkan ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
Kemuliaan wanita akan lebih nyata, jika ditambahkan dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:
"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristighfar baginya(isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)".

6 comments:

  1. Alangkah bertuahnya andai WANITA ini mampu
    ... setabah SITI MARIAM ibu nabi Isa
    ... sebaik Saidatina SITI KHADIJAH
    ... sebijak Saidatina AISHAH
    ... seteguh Saidatina FATIMAH
    ... seikhlas hati seorang ibu yang telah melahirkan

    ReplyDelete
  2. Wanita juga manusia biasa sebahagian daripada makhluk ciptaan Allah. Seperti insan lain juga wanita ada kelebihan dan kekurangannya.Namun realitinya, apabila berlaku perkara-perkara yang tidak baik dalam hubungan, wanita akan dipersalahkan. Maka terdengar pelbagai gosip, kerana dia ( wanita ) aku macam ini, dia yang goda saya dan sebagainya. Kalau tidak ada angin masakan pokok akan bergoyangkan. Malah ramai juga wanita yang binasa kerana lelaki, ambil kesempatan di atas kelemahan dan kelembutan wanita. Dalam rumahtangga, selalunya suami mendambakan yang terbaik daripada isteri tetapi adakah si suami memberi yang terbaik juga kepada isteri?. Nafkah, kasih sayang, makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang secukupnya walaupun tidak mewah.Yang penting suami dan isteri perlu menunaikan tanggungjwab masing-masing. Suami atau isteri harus menerima pasangan masing-masing seadanya. Jangan menuding jari.Wanita hanya perlu dimengerti.
    Sayang keranji tengah halaman,
    Kusangka tidak berbuah lagi,
    Sudah berjanji berjabat tangan,
    Jangan berubah simpulan mati.

    ReplyDelete
  3. Terima kasihlah atas maklumat, at least tau serba sedikit tentang wanita tok. Untung mun dapat wanita seperti di ataskan. Adakah yang sempurna? Selalu cermin dirikpun...di depan cermin.. Who am i? Banyaknya kekurangan.Tapi bersyukur..sempurna sifat kata orang tua.

    ReplyDelete
  4. Mun laki yang sik tunaikan tanggungjawab. Ngajar nak sik bait. Apakah perlu ditaati? Keliru.....

    Nasirma...

    ReplyDelete
  5. Kita diberi banyak pilihan dan terpulang kepada kita untuk menentukan corak dan halatuju hidup kita. Terima kasih atas perkongsian ilmu oleh saudara kandot65.Sepatutnya kita bersyukur. Lelaki terlalu ego dan jarang mengakui kesalahan dan kelemahan mereka.Kepada Nasirma.., saya teringat dengan satu hadis kalau tak silap, yang kira-kira bermaksud" Seorang isteri hendaklah taat kepada suaminya selagi suaminya tidak menyuruh melakukan perkara maksiat". Perbetulkan saya jika tersilap.

    ReplyDelete
  6. Segala puji hanya untuk Allah Tuhan Semesta Alam, yang telah menurunkan kitab-Nya berisi firman-firman yg kukuh kuat. Ya Allah, Limpahkanlah selawat dan salam kpd junjungan kami Muhammad bin 'Abdullah, Nabi dan Rasul Engkau yg mulia, yg telah memimpin kami kepada agama Engkau yang hak, dan yang telah berpesan kepada kami supaya bersikap dan berlaku baik terhadap wanita, supaya mempergauli mereka dengan cara yang sebaik-baiknya dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. Indahnya wanita dalam Islam. Islam sentiasa menangani permasalahan tentang kaum wanita yg bukan sahaja dalam persoalan pemberian hak, tetapi juga pemeliharaan dan perlindungan hak mereka. Dalam Al-Quran telah dikhususkan suatu surah iaitu 'Surah An-Nisaa' yg membicarakan seluruh kepentingan dan keperluan kaum wanita. Dalam Al-Quran diberi garis panduan di dalam melaksanakan peranannya agar tidak ada ruang-ruang yang boleh pihak lain menganiaya mereka. Bahkan dalam surah At-Talaaq menerangkan tentang hak-hak wanita.
    Wahai kaum Adam, hargailah ikatan ijab kabul yang diredhai Allah. Bimbinglah mereka ke jalan Allah agar pintu ma'rifah kaum wanita akan terbuka bagi melaksanakan ibadah sah kehadrat Allah SWT. (Putri Balkis)

    ReplyDelete