Friday, February 20, 2009

Alahai.....


**Sebenarnya saya cuba mengelak untuk menulis tentang perkara ini. Namun menilai fikir keadaan yang berlaku, saya terpanggil untuk menyatakan sedikit rasa hati terhadap perkara tersebut.

"Perbuatan berniat jahat terhadap peribadi saya dan dilakukan oleh mereka yang keji",

"Ini adalah satu episod yang paling hitam dalam hidup saya. Saya tidak pernah merasa begitu keseorangan, terdedah diserang dan dihina"

Membaca ungkapan dan luahan hati Elizabeth Wong sudah cukup menggambarkan perasaan beliau. Banyak perkara yang berlegar dalam benak fikiran saya lebih-lebih lagi apabila ia dijadikan suatu isu yang disensasikan:


  • Hak peribadi beliau diceroboh/dicabul.
  • Perbuatan menghina dan mengaibkan/memalukan mangsa walau apapun alasan.
  • Menjejaskan maruah.
  • Sudah pasti tidak dapat mengelakkan fikiran daripada dikuasai perasaan aib, marah, serba salah & putus asa.
  • Peringatan; supaya jangan terlalu mempercayai teman yang rapat dan intim?
  • Bayangkan kalau terkena batang hidung sendiri.
  • Mengingatkan kita supaya berfikir dan berhati-hati dalam semua perkara.
  • Teringat dengan pepatah: "Musuh yang paling jahat/kejam ialah kawan yang paling rapat dengan kamu".
  • Tergamak!!
  • Benarkah beliau menjadi mangsa perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan tertentu?
  • Nampak jelas dan ketara - Ahli politik di Malaysia mempunyai persepsi berbeza mengenai standard moraliti dan integriti.
  • Kayu ukur yang berbeza untuk menentukan standard moraliti & integriti?
  • Wakil rakyat adalah milik orang ramai dan tidak ada kehidupan peribadi?
  • Harga yang perlu dibayar sebagai wakil rakyat?

4 comments:

  1. Apabila dah dikuasai nafsu @ untuk memenuhi agenda diri sanggup lakukan apa sahaja perkara yang sejijik itu. Mengaibkan orang lain adalah berdosa. Kepada yang bertanggungjawab bertaubatlah.

    ReplyDelete
  2. Perbuatan membuka aib dan menjatuh maruah orang lain dengan menyebarkan gambar-gambar yang terlalu "peribadi" adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Ingat dengan hukum karma: Setiap perbuatan akan mendapat balasannya. Kalau tak hari ini, mungkin esok, kalau tak esok, mungkin hari-hari yang mendatang... .

    ReplyDelete
  3. You have a very interesting blog.
    Mary was here, and very much enjoyed reading your blog.
    Thank you!

    ReplyDelete
  4. Satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan.

    ReplyDelete