Thursday, February 12, 2009

Mengeratkan Silaturrahim

Sesiapapun di dunia ini inginkan kehidupan yang aman, tenang, dan harmoni. Kita tidak akan menikmati kehidupan yang tenang sekiranya di kawasan tempat kita tinggal selalu berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti kecurian, pecah rumah atau gejala-gejala sosial yang menyakitkan mata dan hati. Semangat kejiranan harus dipupuk dan dibajai agar terus subur dalam masyarakat kita. Kata-kata "jangan jaga tepi kain orang" rasanya tidak lagi relevan dalam hidup bermasyarakat sekarang demi keharmonian hidup berjiran. Islam juga mengajar kita agar terus mengeratkan silaturrahim dalam kalangan keluarga dan masyarakat. Peringatan daripada hadis Nabi tentang pentingnya silaturrahim seperti sabdanya yang kira-kira bermaksud: "Sesungguhnya rahmat tidak akan turun pada kaum yang di situ terdapat orang yang memutuskan silaturrahim". Jadi, bagaimana caranya mengeratkan silaturrahim? Diantara yang boleh kita praktikkan ialah:
  1. Bertegur sapa, beri salam dulu. Kalau tak pun mulakan dengan senyuman.
  2. Sebutkan nama apabila membuat sapaan. - akan nampak lebih mesra dan ikhlas.
  3. Jangan lokek dengan senyuman. - hai, bukan susah nak senyum. Kalau muka tu memang dah susah nak senyum, sebut huruf "S". Berlatih depan cermin.
  4. Ringan tulang, bersedia membantu. - Contohnya apabila kawan tu ada majlis ke, tolong-tolonglah jenguk, pasang khemah ke atau apa yang dapat dibantu. ( Saya suka bab memasak. Bukan nak tolong memasak tolong cerik(merasa/jadi testerlah tu)
  5. Bersikap mesra dan mudah bergaul - jangan langsung tak ambil tahu perkembangan yang berlaku di tempat kita tinggal. Ada jenis yang macam ni ,sehinggakan orang luar lebih tahu apa yang berlaku di kawasan perumahan tempat kawan tu tinggal."Rami na majlis di dewan taman kitak sia ari marek", sapa seorang kawan. Yang kawan ni pulak, boleh cakap; " Sik tauk aku ko"
  6. Ambil berat kebajikan orang lain. Yang ini memang senang dicakap tetapi susah dibuat. - Salah satu cara yang mudah dilakukan ialah dengan melibatkan diri dengan persatuan dan pertubuhan yang terdapat di kawasan kediaman kita. Bantulah sekadar yang mampu jiran-jiran yang ditimpa kesusahan, sakit dan sebagainya.
  7. Jangan kedekut - Sesekali belanjalah kawan-kawan. Jemputlah kawan-kawan kenduri kat rumah dan jangan susah sangat nak menghadiri majlis atau kenduri apabila ada jemputan.
  8. Jaga perasaan orang lain. - Bercakap dan bertindak jangan ikut suka kita. Jangan ikut sedap mulut/lidah kita je. "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar". kan lidah tu lebih tajam daripada mata pedang.
  9. Ambil pandangan pelbagai pihak - Pandangan anda tak semestinya betul. Kadangkala ada pandangan yang lebih sesuai daripada pandangan kita yang harus kita terima. Ini ramai yang tidak sedar terutama mereka yang rajin bercakap, dan merasakan dia sahaja yang betul terutama dalam mesyuarat.

Insya- Allah, jika kita mampu melaksanakan perkara di atas, kita akan dapat mengeratkan silaturrahim dalam komuniti kejiranan kita.

5 comments:

  1. Manusia diciptakan oleh Allah adalah untuk saling mengenal dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain. Malah manusia itu saling memerlukan antara satu sama lain. Mun sik maok bergaul dengan urg, molah rumah dalam hutan.Mati kelak tanam dirikpun....

    ReplyDelete
  2. Memang sik dinafikan ada berlaku masalah hubungan masyarakat dalam sesuatu komuniti tetapi nya sik banyak dan ketara. Mun ada pun masalah antara satu duak orang ajak. Di tempat-tempat tertentu ada yang lebih teruk oleh fahaman politik yang keterlaluan. Malah di masjid pun wujud puak dan kumpulan tertentu.Di kalangan orang mudak sik banyak berlaku tapi dikalangan orang tua tuk jadi masalah dan selalu berlaku. Sepatutnya orang tua menjadi contoh orang mudak macam kita tuk.

    kota Samarahan

    ReplyDelete
  3. Saya tertarik dengan cerita belanja kawan-kawan. Saya mempunyai seorang "kawan"? yang kedekut sangat sangat.Ajak kita makan ke, minum ke bukan main lembut tapi bila bab membayar Allah Taala jak tauk.Biasanya jenis dia ni makan dan minum sorang-sorang.Kalau dia melambai dan beria-ia mengajak orang makan ke, minum ke bererti dia nak kita bayar lah tu. Kalau dapat merasa dia belanja ke,anda memang insan paling bertuah pada hari tu.

    Matang

    ReplyDelete
  4. Itu olang mati ada masuk kubur sendiri ka?

    ReplyDelete
  5. Dah tarak mau kawan @ cakap dgn olang lain, masuk kubur sendililah.

    ReplyDelete