Wednesday, March 4, 2009

10 Situasi Lelaki Yang Wanita Harus Fahami


  1. Bila si dia sibuk..... Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja atau menemani kamu pergi membeli-belah.
  2. Bila si dia ego..... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
  3. Bila di dia romantik..... Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.
  4. Bila si dia panas baran..... Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda.

  5. Bila si dia penat..... Jangan mengadu perkara atau bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan.

  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri..... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

  7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau kamu menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

  8. Bila si dia selamba..... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

  9. Bila si dia curang..... Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa dia bersikap begitu. Jangan bertindak melulu. Cari jalan penyelesaian dengan cara berbincang dari hati ke hati. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

  10. Bila si dia lurus bendul..... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharap orang lain sangat.

3 comments:

  1. Bila dia mendiamkan diri...apa maknanya bagi saudara kandot?

    ReplyDelete
  2. Agaknya....
    Fahami dirinya. Mungkin dia perlu ruang untuk bersendirian seketika. Ada pendapat mengatakan ada Lelaki yang sukar difahami, dan ada yang mudah difahami. Ada yang mudah untuk berkongsi masalah, dan ada yang "reserve." Mendiamkan diri bukan bermakna si dia mengasingkan diri atau melupakan anda. Dalam situsi sebegini, biarkan dia dulu...jangan terlalu mendesak. Tidak semua perkara berkaitan dengan seorang lelaki perlu diluahkan atau dikongsikan dengan seorang wanita. Berilah sokongan dan pendapat anda dengan ikhlas bila dia meminta daripada anda.

    ReplyDelete
  3. Yang penting lelaki dan wanita sama-sama harus memahami pasangan masing-masing, bukan hanya meminta sebelah pihak sahaja yang memahami dan memenuhi kehendak. Masing-masing punya perasaan yang harus dimengerti. Harus ada toleransi dan 'Give n Take'. Renungkanlah............

    ReplyDelete