Monday, March 2, 2009

Misterinya Wanita


  • Sensitif: Bukan bermaksud suka merajuk, tetapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

  • Cerewet: Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadangkala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali-sekala.

  • Halus: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak... Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesuatu kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukannya dendam.

  • Ikhlas: ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

  • Korban: Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi; Suami, anak-anak, temasuk ibu bapa. Wanita amat tabah.

  • Prihatin: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

  • Manja: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum wanita.

  • Ego: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang seseorang yang dicintainya.

  • Cinta: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

  • Seks: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita, kerana wanita dicipta dengan 9 nafsu dan 1 akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu. Peranan lelaki adalah untuk membimbing wanita dan bukan menghanyutkan mereka.

* Lelaki pun hebat jugak kan....

5 comments:

  1. Wanita selalu menjadi mangsa oleh lelaki. Tetapi wanita lagi dahsyat apabila lelaki menjadi mangsanya. Apa komen saudara kandot65?

    Petra Jaya

    ReplyDelete
  2. Lelaki dan wanita ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Sik ada yang lebih dan kurang hebat. Kedua-duanya sama-sama hebat..

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pendapat saudara/i, Memang lelaki dan wanita dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kehebatan masing-masing. Kedua-duanya saling memerlukan.
    "Lelaki menjadi mangsa" oleh wanita, saya pun tak berani nak komen. Ada ke?

    ReplyDelete
  4. Ada le 2...takkan tak adakan...Asam garam dan rencah kehidupan. Mungkin untuk balas dendam dek mangsa lelaki...so cari mangsa untuk balas dendam. Tapi tak adilkan kepada lelaki lain yang tak bersalah... Orang lain yang lakukan orang lain pula yang jadi mangsa dendam. Ingat, dunia ini umpama roda. Fikirkan....
    Selalunya.....wanita adalah mangsa.

    ReplyDelete
  5. Sms dari seorang teman: Sekadar renungan... Memang wanita penuh misteri..perlu difahami dan dimengerti:-
    A women has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happineness, love, and opinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she's afraid. Her love is unconditional! There's only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth...;
    Bdw..Happy Women's day kepada semua makhluk Allah yang bergelar wanita..

    ReplyDelete