Sunday, March 22, 2009

Kesian......Ramai Guru Sakit Jiwa.


Kajian oleh Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70% daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggar 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10% daripada mereka terdiri daripada golongan guru.
Kebanyakannya menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karekter yang berlawanan dengan guru terbabit sebelumnya ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan. Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada setiap tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.
3 faktor utama yang menyebankan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Yang membimbangkan juga, seperti dijelaskan oleh Nur Zuraida, guru yang tertekan berisiko 4 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang.
Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.
Tidak dinafikan guru masa kini terbeban dengan pelbagai tugas yang tidak pernah selesai dan habis-habis. Mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan apa yang guru perolehi/ ganjaran yang guru dapat, tidak setimpal dengan tugas dan tanggungjawab seorang guru. Ia terlalu sedikit berbanding dengan apa guru lakukan atau yang terpaksa seorang guru korbankan.

2 comments:

  1. Apa sik stress, cikgu kinek tok bukan hanya mengajar tapi dibeban dengan tugas-tugas lain dengan program-program yang sik putus-putus. Padahal dak cikgu selalu ditegur supaya 'utamakan tugas utama ' guru di sekolah. Sedangkan semua tauk, guru juak manusia biasa dan dak cikgu bukannya' superman' boleh molah semua tugas yang diberi. Keliru!...apa sebenarnya tugas utama cikgu di sekolah???...
    Apa pandangan saudara kandot65...?

    ReplyDelete
  2. Saya pun sebenarnya masih tertanya-tanya dan keliru apa sebenarnya tugas guru. Terlalu banyak dan skopnya pun semakin luas dan melebar serta semakin berat.Sebut saja apa yang tak dibuat oleh seorang guru; pengasuh, pencuci, tukang kebun, tukang kayu, Kerani,pekerja am, juru letrik, jururawat dan banyak lagi semasa di sekolah. Kerja tak siap dan selesai di sekolah dipikul bawa balik ke rumah. Di rumah pun fikiran, mimpi dan igauan guru pun masih tetap di sekolah. Tapi malangnya, masyarakat di luar tetap mengerti dan memahami/tidak ada yang tahu kecuali masyarakat guru sendiri.

    ReplyDelete