Thursday, March 12, 2009

...... Sekadar Renungan Untuk Sang Pencinta


Cinta tidak boleh dipaksa dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang di langit sana. Terlalu banyak yang bercahaya indah tetapi cuma satu yang akan menjadi igauan pemujanya.
Peraturan cinta menyatakan yang kita boleh mencintai sesiapa saja. Kenapa? Kerana cinta itu adalah hak kita. Tidak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Itu peraturan pertama bercinta...
Cinta hanya satu perasaan. Jika diupam rasa, sarat emosi, maka bersemi, mekar dan rendanglah ia. Tetapi, jika diabaikan, dibiar, pasti akan layu dan kekeringan. Cinta tidak lebih hanya satu perasaan. Jika salah kendali, bisa jadi penyakit.
Tuhan tahu rasa hati kita. Tuhan dengar keluhan kita. Kalau kita tidak lupa Dia, Dia tak kan lupa kita. Di tangan Dia ada 'kunci'. Dan, kita ada pilihan sama ada mahu dapatkan kunci itu atau tidak.
Kadang-kadang, kita terlepas pandang bahawa Allah mengatur segala-galanya. Mungkin Dia mahu kita bertemu orang lain, yang lebih baik untuk kita dan memberikan orang yang lebih baik kepada orang yang kita cintai.
Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan membuat jiwa merana.
Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat, malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.
Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan beri kita pelangi.
Terkadang, kita tidak dapat apa yang kita impikan. Lalu, kita menyalahkan takdir kerana terlalu kecewa. Sedangkan, kita tidak sedar, apa yang kita perolehi adalah lebih baik daripada apa yang kita harapkan.
Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya. Tetapi sungguh benar pula, bahawa kita tidak tahu apa yang belum kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?
Dan benarlah kata orang, cinta itu buta. Cinta itu tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan sang pencinta itu walaupun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi segalanya.

10 comments:

  1. Cinta memang tidak boleh dipaksa, ia akan datang sendiri.Semua orang pasti pernah merasakan cinta.Ada yang bercinta sebelum kahwin, ada pula yang bercinta selepas kahwin malah ada yang kahwin tapi tak pernah bercinta. Mungkin itu takdir dan suratan. Macam sayalah. Memang benar tidak semua yang kita impikan kita akan dapat. Jodoh dan maut itu ketentuan Allah S.W.T. Kita kena redha....
    Buat teman yang sedang jatuh cinta..semoga sejahtera kerana cinta itu indah.
    Buat teman yang sedang terluka kerana cinta...hidup itu bagaikan roda yang terus berputar,satu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit, tetapi keadaan itu tidak untuk selamanya, bersabarlah dan berdoalah kerana cinta yang lain akan datang dan menghampiri anda.
    Buat teman yang tidak percaya akan cinta..buka hati jangan menutup mata akan keindahan yang ada di dunia maka cinta membuat hidupmu menjadi bahagia.
    Buat teman yang mendambakan cinta..bersabarlah...kerana cinta yang indah tidak terjadi dalam sekelip mata..Tuhan sedang mempersiapkan segala yang terbaik bagi anda.
    Buat teman yang mempermainkan cinta...sesuatu yang begitu murni dan tulus bukanlah untuk dipermainkan. Cinta bukan suatu kehampaan. Berhentilah mempermainkan cinta dan mulai merasakan kebahagiaan yang seutuhnya.

    ReplyDelete
  2. Benarkah bahawa percintaan itu sesuatu yang indah? Benarkah setiap pencinta akan terus mengingati kekasihnya walaupun kekasih itu tidak ada buat menemaninya setiap waktu?
    Bagaimana pendapat saudara Kandot65?

    ReplyDelete
  3. cinta..kepada sesiapa sahaja yang kita cintai akan menjadi satu inspirasi untuk kita
    setiap saat mengingatinya walau dia tiada di sisi terasa memberikan kegembiraan
    cinta menjadikan kita ingin melakukan sesuatu yang terbaik untuknya walaupun terpaksa mengorbankan perasaan kita sendiri
    ...hayati lagu matahariku..

    ReplyDelete
  4. tertutup sudah pintu, pintu hatiku
    yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
    kini kau pergi dari hidupku
    ku harus relakanmu walau aku tak mau

    * berjuta warna pelangi di dalam hati
    sejenak luluh bergeming menjauh pergi
    tak ada lagi cahaya suci
    semua nada beranjak, aku terdiam sepi

    ** dengarlah matahariku suara tangisanku
    ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
    ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
    tentangku yang tak mampu melakukan waktu

    repeat *

    dengarkanlah kau matahariku

    dengarlah matahariku suara tangisanku
    ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

    ReplyDelete
  5. Bolah tahan komen saudara Adzma tentang cinta. Terima kasih atas respons yang diberi.Memanglah, di mana pun kita berada kita akan ingat kepada orang yang kita cintai dan sayangi.

    ReplyDelete
  6. Dari pengalaman sendiri dan pergaulan dengan teman-teman agaknya..Bdw, saja nak kongsi cerita dan maklumat terutama kepada teman-teman yang mengenali diri ini yang ada membaca blog ini.

    ReplyDelete
  7. Love doesn't make the world go round. Love is what makes the ride worthwhile.The only true love is love at first sight, second sight dispels it.
    And.....
    At the touch of love every one becomes a poet.
    Remember.....
    A heart that loves is always young.

    ReplyDelete
  8. cinta memang indah tapi tak seindah yang diimpikan. Cinta adalah fitrah kehidupan namun manusia sering menyalahgunakan cinta. cintai Allah dan RasulNYA. Itulah cintan yang hakiki. Cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain. Tapi jangan menyesal kalau sudah komit dengan cinta. Sang Pencinta akan bergelumang dengan suka, duka, pahit, manis, kecewa dan terluka. cinta Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet satu lagenda cinta yang agung, setia sampai ke mati. Tapi jgn perasan. Tak ada indah penghujung cinta. Zaman pencinta agung sudah berlalu. Zaman global cinta pun global. Pegi jahanam dengan cinta!
    -bujang senang

    ReplyDelete
  9. Salam. Iboh marah gilak gia saudara Bujang Senang. Nampak geram jak.

    ReplyDelete
  10. Ada apa dengan cinta? Pasti pelbagai jawapan yang akan kita dengar. Ada pro dan kontranya. Bagi mereka yang disayangi dan dihargai oleh pasangan pasti akan menyatakan cinta itu indah. Namun sebaliknya bagi yang ditinggalkan kekasih, pasti akan mengatakan 'pegi jahaman dengan cinta' @ 'cinta menyakitkan'. Semuanya bergantung kepada situasi yang dihadapi.

    Setiap manusia ingin dicintai dan menyintai. Yang pasti cinta tidak akan menguasai anda, ia cuma memupuk anda. Dalam mimpi dan cinta tiada apa yang mustahil. Percayalah hati yang dilamun cinta sentiasa muda dan mampu jadi penyair..... Malah cinta mampu menguasai semua perkara kecuali kemiskinan dan kesakitan gigi. Tapi....ramai yang berhasrat untuk dicintai berbanding dengan orang yang berhasrat untuk bercinta.

    ReplyDelete