Saturday, March 21, 2009

Awet Muda


Sentiasa kelihatan muda dan cantik merupakan idaman setiap wanita. Kelihatan cantik berbeza dengan kelihatan muda. Oleh sebab itulah banyak perkara yang dilakukan terutamanya dalam kalangan wanita agar sentiasa kelihatan muda dan cantik. Malah ada di antaranya yang sanggup melakukan apa sahaja agar sentiasa kelihatan muda dan cantik seperti menggunakan susuk, botox, suntikan, impalan dan sebagainya. Di antara petua yang mudah dan murah yang boleh kita amalkan agar kelihatan muda (awet muda), antaranya (Insya Allah) ialah:
  1. Semasa berdandan pada waktu pagi, baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat di dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
  2. Makan banyak ulam-ulaman sebagai sebahagian daripada diet kita.
  3. Air wuduk sebelum solat subuh yang kena muka dapat memberi kesan yang amat baik.
  4. Bersenam 30 minit 3 kali seminggu dengan konsisten.
  5. Jaga diet kita. Makan apabila berasa lapar dan makan tidak pula terlalu kenyang.
  6. Melambatkan minum air setelah makan. Minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
  7. Rajin-rajin membaca Al Quran - Niat ikhlas kerana Allah.
  8. Menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  9. Rajin-rajin solat tahajjud di tengah malam.
  10. Sentiasa tenang dan tidak marah-marah.
  11. Mulakan sesuatu urusan dengan "nawaitu" yang baik dan niat kerana Allah.
  12. Yang paling penting SENYUM SELALU.

# Mun ado nok lain padah juak.....

4 comments:

  1. Saranan anda memang sesuai dengan keadaan ekomomi negara yang kurang membrangsangkan ini.Ekonomi rumah tangga terjamin dan kesihatan juga terjaga.TETAPI yang membimbangkan keawetan itu hanya fizikal sama sahaja dengan rohaninya. Ini kes kurang sihat.

    Matang Manja

    ReplyDelete
  2. Islam mengajar kita bagaimana menjaga diri terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan kita. Bukan setakat fizikal dan rohani tetapi ia mampu menghalang unsur-unsur negatif daripada mempengaruhi kehidupan kita. Banyak pengajaran yang boleh dikutip daripada Al Quran dan Hadis nabi. Soalnya kita harus mempelajarinya dan banyak berguru dalam menuntut ilmu2 Allah SWT. Jangan berputus asa untuk mendapat Rahmat Allah. Pengalaman hidup banyak mengajar kita dan kadangkala ia boleh menjadi guru yang hebat. Sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain. Mudah-mudahan hidup kita diberkati.

    ReplyDelete
  3. Yang lebih penting hati kena bersih daripada segala sifat-sifat mazmumah seperti dendam, riak dll. Hati kita bersih akan memancarkan sinarnya mempengaruhi penampilan dan tingkah laku kita.

    ReplyDelete
  4. Bukan hanya wanita sahaja yang menginginkan kecantikan tidak kurang pada makhluk yang bernama lelaki. Malah setiap orang ingin dipandang cantik dan lawa. Tapi yang lebih penting cantik pada tingkahlaku bukan sekadar cantik diwajah, ia tidak memberi apa-apa makna. Dan hati biar "Cantik" be...

    ReplyDelete