Sunday, March 8, 2009

Aku Meminta Kepada Tuhan


Aku meminta kepada Tuhan untuk menyingkirkan penderitaanku.

Tuhan menjawab, Tidak. itu bukan untuk Kusingkirkan tetapi agar kau mengalahkannya.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menyempurnakan kecacatanku.

Tuhan menjawab, Tidak. Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menghadiahkanku kesabaran.
Tuhan menjawab, Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan, ia tidak dihadiahkan, ia harus dipelajari.
Aku meminta kepada Tuhan untuk memberiku kebahagiaan.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku memberi berkat. Kebahagiaan adalah bergantung padamu.

Aku meminta kepada Tuhan untuk menjauhkan penderitaanku.
Tuhan menjawab, Tidak. Penderitaan menjauhkanmu daripada perhatian duniawi dan membawamu mendekati padaKU.
Aku meminta kepada Tuhan untuk menumbuhkan rohku.
Tuhan menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri, tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah.
Aku meminta kepada Tuhan segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Tuhan menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal.
Aku meminta kepada Tuhan membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Tuhan menjawab..., akhirnya kau mengerti. Hari ini adalah milikmu. Jangan sia-siakan. Bagi dunia, kamu mungkin hanyalah seseorang, tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.

3 comments:

  1. Kepada siapa lagikan untuk kita meminta dan berserah melainkan Allah..Kita hanya mampu memohon menadah tangan namun Dia jua yang akan memberi dan memperkenankan doa kita...so jangan berputus asa untuk berdoa kepadaNya.

    ReplyDelete
  2. Pok,

    Tuhan itu maha adil. Sebagai hamba-Nya kita bersyukur kerana kita dapat menikmati sebahagian daripada anugerah-Nya.

    Matang Manja

    ReplyDelete
  3. Ingat, Allah sik akan mengubah kehidupan kita melainkan kita mpun yang patut mengubahnya. Kita kena berusaha bukan berserah ajak.

    ReplyDelete