Monday, March 30, 2009

Pilihanraya Kecil

Semalam bermulanya penanamaan calon bagi pilihanraya di 3 tempat iaitu di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Aik. Mengikuti dan bersembang dengan teman-teman tentang piliharaya dan bercakap tentang senario politik di tanah air memang menarik. Pelbagai pandangan dan pendapat yang diberikan. Ada yang menyokong parti yang memerintah dan tak kurangnya berhujah menyokong parti pembangkang. Apa yang dapat disimpulkan di sini, untuk menang, masing-masing akan menggunakan pelbagai strategi dan pendekatan untuk memenangi hati pengundi. Seorang teman mencelah setelah lama membisu dengan nada kesal dan sinis berkata semasa kempen pilihanraya kita akan terbiasa dengan ....
  1. Fitnah-memfitnah menjadi modal berkempen.
  2. Hilangnya adap dan nilai-nilai murni dalam masyarakat kita.
  3. Persoalkan ketelusan SPR
  4. Pengundi hantu?
  5. Perang risalah dan poster
  6. Perhimpunan haram
  7. Tindakan Polis dan FRU
  8. Ceramah politik yang bersemangat (menakutkan??)
  9. Ugutan
  10. Politik wang
  11. Rasuah
  12. Isu tanah NCR ( di Sarawak)
  13. SK dan SI ( istilah DS Najib) - Lebih banyak SI (sampul ada isi)
  14. Mungkin jugak betul - Beri salah dan Kalau tak beri kalah
  15. dan banyak lagi.

# Rakyat marhaen seperti saya sentiasa mendoakan agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan harmoni. Tak terfikir oleh akal, bagaimanana keadaannya nanti, kalaulah suatu masa nanti kita akan berasakan yang kita seolah-olah bukan lagi sebagai rakyat di tanah air sendiri atau berada di negara yang kita cintai ini.

5 comments:

  1. Kalau pemimpin dah bertelagah sesama sendiri, orang melayu pulak, apa yang akan terjadi pada rakyatnya?. Adakah kita mahu negara kita ini keadaannya sebagaimana negara-negara yang dalam peperangan atau bermusuh sesama sendiri. Hidup susah, merempat di tempat sendiri, malah jauh sekali "kebebasan". Kalau nafsu sudah menguasai diri, sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat tercapai. Kalau tidak ikhlas dan bertanggungjawab, orang yang betul dikatakan tak betul dan sebaliknya orang yang salah dikatakan betul. Ada udang disebalik meelah 2. Fikir-fikirkanlah.........

    ReplyDelete
  2. Raso nyo kita tuk akan jadi mangsa oleh pemimpin2 yang terlalu rakus untuk memenuhi hasrat dan kepentingan peribadi. Sidak pemimpin di atas janganlah keterlaluan kerana bilo negeri kito sik aman dan huru hara kesannya kepada rakyat juak. Mun menang jangan mendabik dada, sombong dan lupak daratan. Janji kepada rakyat jgn waktu berpilih ajak. Banyak contoh dah di diat. Bagus juak ado pilihanrayo. Rakyat dapat duit, api,air, jerayo , projek macam-macam, semua nyo alu ado maso yo.

    ReplyDelete
  3. Pada saya, kalau musim pilihanraya terlampau banyak sangat projek segera yang dijanjikan. Seronok juga kita dengar janji-janji itu. Ditunaikan atau tidak menjadi perkara kedua.....

    ReplyDelete
  4. T.kasih kerana singgah di blog saya dan memberi pendapat berkaitan dengan pilihanraya. Bagi kawasan yang mendapat projek segera (Mee segera) tentu akan berasa seronok setelah sekian lama mengharap. Janji mulok2pun bertaburan. Kepada rakyat di Bukit selambau, Bukit Gantang dan Batang Aik, pilihan di tangan mereka sendiri. Lihat dan renungilah diri dan sekeliling kita, kemudian nilaikan dengan mata hati.

    ReplyDelete
  5. Masyarakat Iban di Batang Ai seharusnya dapat menilai sejauhmana perubahan dan pembangunan yang telah dilakukan dan dilaksana di Lubok Antu. Pilihan di tangan anda semua untuk menentukan nasib generasi yang akan datang. Kita diberi akal untuk menilai dan jangan terpengaruh oleh janji-janji manis ketika pilihanraya. Pengalaman2 lepas seharusnya menjadi ikhtibar dan panduan untuk membuat pilihan.

    ReplyDelete