Tuesday, March 24, 2009

Fikir2 dan Renung2kan....


Bagaimana perasaan anda setiap pagi pergi ke tempat kerja: Ceria atau biasa sahaja??? Sekiranya anda ke tempat kerja dengan perasaan biasa sahaja, maka hasilnya adalah biasa sahaja. Berbeza, jika kita datang ke tempat kerja dengan penuh semangat dan ceria hasilnya akan lebih daripada biasa atau luar biasa. Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil pekerjaan kita itu akan mendapat keberkatan. Insya Allah...
Pelbagai sikap dan sifat manusia yang dapat dilihat di tempat kerja:
  1. Ada yang datang ke tempat kerja hanya memenuhi tanggungjawab (Rutin) "Datang Bekerja" tetapi hampeh, hasilnya macam "Tak datang" kerja.
  2. Adakala kita rasa kita "Busy" giler, rupanya kita hanya "Kelam Kabut".
  3. Adakala kita rasa kita "Prihatin" tapi rupanya kita "Busy Body".
  4. Adakala kita rasa kita "Open Minded" atau "Outspoken" tapi rupanya kita kurang "Peng'ajar'an".
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran "Kritis", rupanya kita hanya lebih kepada "Kritik" yang mencipta "Krisis".
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi lebih "Mesra", tapi rupanya kita dilihat "mengada-ngada".
  7. Adakala kita suka bertanya "Kenapa dia macam takde kerja", adalah lebih baik kita tanya "Apa lagi keje yang aku boleh buat".

Pejam mata dan renunglah dalam diri kita, kalau kita perlu melakukan "Anjakan Paradigma", maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia... sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, marilah kita mulakan kerja kita dengan wajah yang ceria, senyum, mesra sesama rakan sekerja. Tingkatkan kerjasama. Semaikan semangat kekeluargaan dalam organisasi.

Elakkan perasaan hasad dengki (Phd). Ada yang cemburu dengan rakan sepejabat atau ditempat kerja yang mendapat kepercayaan majikannya. Walaupun kita disarankan bersangka baik dan tidak bersikap prejudis terhadap rakan sekerja, hati-hatilah dalam pergaulan dan percakapan kerana kita harus sentiasa berwaspada bak pepatah " Rambut sama hitam tapi hati lain-lain".

Sebagai renungan bersama:

  • mengkritik tidak bererti menentang.
  • menyetujui tidak semestinya menyokong
  • menegur tidak bermakna membenci
  • dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

No comments:

Post a Comment