Monday, March 9, 2009

Menderma Darah

Peringkat awal proses menderma darah
Proses menderma darah tak sampai 10 minit pun.

450 ml darah. (Darah kita sama warnanya)
Ini merupakan kali ke 37 saya menderma darah
Bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia Cina
(Chinese Youth Association)


Semalam saya mengikuti program menderma darah anjuran Persatuan Belia Cina Kuching/Samarahan, di Square Tower. Seperti biasa saya mendapat maklumat aktiviti tersebut setelah menerima sms ( ada 3 sms yang diterima daripada no. hp yang berbeza) daripada ahli persatuan tersebut. Saya sebenarnya tidak mengenali mereka secara khusus cuma telah beberapa kali menderma darah yang dianjurkan oleh persatuan tersebut dengan kerjasama pihak Bank Darah, Hospital Umum Sarawak di sekitar bandar raya Kuching. Dalam diam saya mengagumi usaha murni yang dibuat oleh persatuan tersebut dan pertanyaan menyapa fikiran saya, kenapa persatuan-persatuan lain tidak berinisiatif melakukan perkara yang serupa.

3 comments:

  1. Saya setuju dengan saudara Kandot65. Usaha tok seharusnya dijadikan ikutan oleh persatuan-persatuan lain. Sedikit sumbangan kita pada masyarakat yang memerlukan. Ingin derma darah tapi takut ngan jarumnya...
    Tahniah saudara Kandot65....semoga sumbangan anda akan diberkati oelh Allah..amin.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada saudara kandot65 atas sumbangan menderma darah tersebut.Setitis darah yang didermakan mampu menyelamatkan banyak nyawa. Moga Allah membalas kebaikan yang dilakukan.

    Petra Jaya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sokongan moral dan doa daripada kalian.Sumbangan tersebut hanya sedikit dibandingkan dengan nikmat Allah yang diberikan kepada kita.

    ReplyDelete