Friday, March 13, 2009

Usahlah terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.
Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengan kata-katanya. Anda menyintai sesuatu, Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi, buta untuk melihat sejauhmana kecacatan yang ada padanya.
Bersederhanalah dalam menyukai, menyintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.
Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.
Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, Setiap masalah membuka peluang, Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.

4 comments:

  1. Erti cinta sebenarnya luas. Cinta sesama manusia dan cinta padaNya. Cinta memang membahagiakan jika ada keikhlasan dan kejujuran. Cinta terbina kerana wujudnya rasa sayang di jiwa. Ada cinta sejati, cinta suka-suka, cinta palsu dan ada cinta tanggungjawab. Ramai yang menjadi mangsa kerana cinta. Kerana cinta orang sanggup buat apa sahaja untuk kekasih sehingga sanggup serahkan seluruh jiwa dan body. Cinta juga membuat orang lupa diri sehingga tak mampu melihat keburukan padahal sang 'kekasih' hanya ingin mengambil kesempatan ke atas kejujuran, keikhlasan dan kasih sayang yang diberi.
    Pernahkah anda merasakan hebatnya cinta, tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia, bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah.
    Pernahkah anda merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang, walaupun kamu tahu dia tak sendiri lagi, dan walaupun kamu tahu dia takkan pernah peduli ataupun dia peduli dan mengerti, tapi dia tetap pergi.
    Pandangan Saudara Kandot65:- Peraturan pertama cinta...tidak ada orang yang boleh membunuh cinta yang tumbuh walaupun oleh orang yang kita cintai itu! Memang tidak semua impian kita akan kita capai. kita terpaksa berkorban hati dan perasaan maka akan membuat jiwa merana. Menasihat itu mudah tapi tidak mudah untuk melaksanakannya jika hati dah jatuh cintakan.

    ReplyDelete
  2. Begitulah hakikatnya. Hidup ini mesti dalam kesederhanaan. Sikap terlalu ekstrem akan mengakibatkan kerugian pada diri sendiri.

    ReplyDelete
  3. Faith makes all things possible. Hope makes all things work. Love makes all things beautiful.

    ReplyDelete
  4. Cinta tidak akan menguasai anda, ia cuma memupuk anda.

    ReplyDelete