"Boleh jadi kamu membenci sesuatu pada hal itu amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui". 216 Surah Al Baqarah
Friday, December 4, 2009
Kunjungan seorang sahabat
Keciciran
Cerita yang tidak pernah ada noktahnya. Teringat dengan ungkapan" Dulu, kini dan selamanya". Angka keciciran pelajar yang dipaparkan di media massa begitu mengejutkan. Siapa nak dipersalahkan? Negara sudah lama mencapai kemerdekaan tetapi masih ada lagi rakyatnya yang tercicir dan tertinggal dalam arus perdana pendidikan. Konsep pendidikan untuk semua rasanya belum tercapai sepenuhnya. Bagi saya masalah "Keciciran" ini cerita lama, dan entah di mana silapnya apabila ia terus berlaku. Kesian dengan anak-anak bangsaku di kawasan kampung, pedalaman dan yang jauh di ulu tigis.
Friday, November 20, 2009
Kemurahan hati pemerintah kepada Rakyat - SUBUR
Minggu lepas saya balik ke kampung. Saja nak menenangkan fikiran disamping hendak bertemu ayah dan sanak saudara di sana. Banyak cerita yang didengar. Duduk di warung emak manakan menjual cucur pisang sambil menghirup kopi pekat saya sempat berbual tentang beberapa perkara yang menarik untuk dibincangkan. Seronok juga mendengar ramai orang kampung yang mendapat bantuan daripada program E- kasih. "Berapa dapat?", sapa saya kepada Pak Usu. Dapat RM10 ribu tapi yang diberi hanya RM5500 saja. Ada potongan oleh pihak pejabat Daerah", jawab Pak Usu. Potongan apa? saja saya tanya untuk mendapat maklumat. "Entahlah, tak tanya pun", sambung pak usu. Saya bertanya kepada salah seorang lagi ibu tunggal yang kebetulan berada di situ tentang perkara yang sama. Jawapan yang saya terima sama seperti pak usu. Bermacam-macam persoalan timbul dalam benak fikiran saya. Sebelum ini pun ramai yang mendapat bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Terkini, kerajaan akan memberi bantuan beras pula. Dengar ceritanya mana-mana yang berdaftar dengan E-kasih secara automatis akan menerima bantuan beras subsidi (SUBUR) tersebut.
Saya tertarik dengan cerita seorang ibu tunggal yang menyatakan rasa ketidakpuasan hatinya terhadap agihan beberapa bantuan kerajaan tersebut. Direnung fikirkan saya berpendapat ada benarnya apabila banyak perkara yang timbul dan kekeliruan yang berlaku seperti:
- Sukarnya mendapat borang untuk mendapat pelbagai bantuan daripada kerajaan.
- Borang agak terhad walaupun ada inisiatif daripada orang-orang parti mengedarkan borang tersebut.
- Borang tidak terdapat di pejabat daerah kecil. Hanya terdapat di pejabat Daerah.
- Kebanyakan yang mendapat borang adalah terdiri daripada sanak-saudara orang parti sahaja.
- Tidak ada data yang lengkap tentang rakyat yang miskin.
- Bantuan seharusnya secara menyeluruh tanpa mengambilkira fahaman politik.
- Kerajaan seharusnya menubuh badan khas untuk mengenalpasti rakyat yang benar-benar layak mendapat bantuan daripada kerajaan.
Saya setuju dengan saranan oleh YB Awang Adek agar ada yang tidak ketinggalan mendapat bantuan kerajaan tersebut terutamanya mereka yang benar-benar layak. Ramai lagi sebenarnya yang memerlukan bantuan di luar sana. Sebelum balik saya sempat memberitahu beberapa orang kampung di situ agar dapatkan borang, kemudian isi dan hantar kepada pihak yang diamanahkan.
Tuesday, September 29, 2009
Cerita di Hari Raya.
Friday, September 18, 2009
Salam Idul Fitr
Hari Raya adalah hari kita mermbesar Allah, hari kemenangan dan hari kegembiraan. Ia adalah hari yang diperuntukkan oleh Allah sebagai tanda kesyukuran atas nikmat kurniaan Allah yang tak terhitung kepada hambaNya. Anehnya dalam masyarakat kita Hari Raya lebih menggambarkan hari yang penuh dengan kesedihan, kepiluan dan kita sering terjebak dalam suasana sedih dan pilu tersebut. Alunan takbir raya yang seharusnya memberi semangat bertukar kepada alunanan yang mendayu-dayu dan menimbulkan suasanan sedih. Malah pengisian program di saluran TV di negara kita pun, banyak menayangkan drama dan suasana yang sedih pada hari Raya.
Di sudut hiburan pula, islam memberi ruang yang luas kepada kita untuk bergembira asalkan tidak menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Terpulang kepada kita bagaimana kita memahami dan menghayati kegembiraan tersebut.
Hiburan dengan batasan tertentu serta disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.a.:
Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).
“Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakar masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakar berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakar! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hiburan yang keterlaluan dan melampauai batasan yang digaris agama juga tidak dibenarkan dalam islam. Saya tertarik apabila ada yang menyatakan amalan ziarah menziarahi seperti suatu ketika dahulu semakin berkurangan kesan pengaruh program hiburan yang terlalu banyak dalam TV.
Amalan kunjung-mengunjung atau ziarah menziarahi seharusnya diteruskan sebagai tanda persahabatan dan ukhuwah sesama kita. Saya masih teringat dengan zaman anak-anak dan remaja di kampung ketika hari raya dimana kami akan membentuk satu kumpulan untuk menziarahi ( istilah "berlanggar ") dari satu rumah ke satu rumah yang lain dalam kampung. Keadaan inilah yang menimbulkan suasana meriah pada hari raya. Beberapa tahun kebelakangan ini suasana tersebut semakin pudar dan kunjungan pun hanya dalam kalangan keluarga terdekat sahaja.
Thursday, September 17, 2009
Kalungan Selipar untuk Negarawan
Bila emosi, perasaan marah tanpa pertimbangan akal yang waras inilah jadinya. Merenung fikir senario yang berlaku dalam negara sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak meresahkan saya. Sudah hilangkah adab dan budaya menghormati segelintir masyarakat kita pada hari ini? Atau atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi kita bebas mengeluarkan apa saja seenaknya dari mulut kita tanpa memikirkan bahananya. Menidakkan sumbangan pemimpin negara kepada semua kaum di negara ini adalah suatu yang tidak dapat diterima. Jangan kerana rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu atau perkara kita terus bertindak diluar batasan yang kesannya menjadi begitu besar/serius jika tidak ditangani dengan bijak.
16 September yang dilupakan
Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 sehinggalah membawa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Segala-galanya bermula dengan pandangan futuristik daripada negarawan Allahyararham Tunku dengan idea gagasan Malaysianya pada 27 Mei 1961. Cadangan pembentukan Malaysia yang melibatkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dengan Tanah Melayu mendapat reaksi yang pelbagai daripada negara-negara serantau. Walau apa pun, akhirnya Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak kekal dalam pembentukan Malaysia sehingga kini walaupun Singapura keluar daripada Malaysia selepas itu. Bagi saya sejarah pembentukan Malaysia begitu penting dalam lipatan sejarah pembinaan negara bangsa. Anehnya dan sering menjadi tanda tanya mengapakah tarikh keramat 16 September setiap tahun seolah-olah tidak bermakna tanpa ada usaha kerajaan untuk menjadikan tarikh bermakna dalam kalender sambutan perayaan di dalam negara.
Monday, September 14, 2009
Akhir Ramadan
Malingsia - Menilai kemelut dengan Indonesia
Tindakan sweeping oleh kumpulan yang membawa buluh runcing sedikit sebanyaknya mengundang resah dan ketakutan dalam kalangan rakyat kita di sana atau keluarga di Malaysia. Tertanya-tanya juga, bagaimana perasaan orang Indonesia jika bendera mereka dibakar dan dipijak-pijak oleh rakyat Malaysia? Tetapi syukur Alhamdulillah, kita tidak terikut-ikut dengan sikap yang seolah-olah tidak bertamadun seperti itu.
Rakyat Malaysia tidak sebebal dan cetek pemikiran untuk bertindak ganas seperti itu. Kita masih waras dan lebih mementingkan penyelesaian sesuatu isu melalui musyawarah, rundingan biarpun sesuatu isu yang tercetus bukan salah kita. Ramai lagi rakyat Indonesia yang bijak menilai dan mampu melihat sesuatu perkara itu dengan lebih rasional tanpa dipengaruhi emosi dan perasaan.
Saya juga yakin rakyat Indonesia yang mencari rezeki di negara ini berasa bosan dengan gelagat rakan mereka di negara sendiri. Secara faktanya Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi rakyat Indonesia dan mereka bertungkus lumus mencari rezeki di negara ini untuk dibawa pulang ke Indonesia. Hubungan yang baik atas nama rumpun melayu di Nusantara seharusnya dipertahankan, bukannya dikeruhkan dengan tindakan-tindakan ganas yang akhirnya merugikan diri sendiri.
Hubungan rakyat Indonesia-Malaysia jangan disempitkan atas nama dua buah negara yang berdaulat, malah lebih daripada itu, kerana sejarah mebuktikan hubungan kekeluargaan telah berlaku sejak dulu lagi. Benarkah kerana isu tarian pendet itu rakyat Indonesia sanggup melakukan keganasan dan provokasi terhadap negara kita atau ada agenda besar pihak-pihak tertentu yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan. Doa kita agar isu tersebut dapat ditangani dengan baik tanpa menjejaskan semangat setiakawan antara pemimpin dan rakyat kedua-dua negara.
Wednesday, September 9, 2009
Bila ajal sudah tiba.....
Friday, September 4, 2009
Allahyarham Nenda Haji Ahmad Buang yang tersayang.
Bersama nenda pada Aidil Fitri yang lepas.
Tuesday, July 7, 2009
Kematian
Tuesday, June 23, 2009
Doa untuk ayah
"Simpan saja duit tu, Insya Allah kita akan pergi tapi bukan malam ini". Yang penting anak-anak ayah memberi kegembiraan kepada ayah. Kegembiraan ayah ialah apabila anak-anak ayah berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Yang lebih penting doa untuk ayah dan ibu lebih-lebih lagi apabila ayah dan ibu sudah tidak ada lagi di dunia yang fana ini nanti. Malam ini kita teruskan solat berjemaah, lepas tu kita baca surah yasin dan berdoa mohon moga apa yang kita hajati akan tercapai dan kita sentiasa dalam peliharaanNya", Janji saya belum lagi saya tunaikan. Insya Allah hujung minggu ini....
Sunday, June 21, 2009
Komunis
Banyak pihak menyuarakan pandangan tentang isu Chin Peng yang hendak kembali ke Malaysia. Chin Peng dan Komunis dua perkataan yang cukup sinonim. Komunis dengan frasa "pengganas Komunis" jelas menggambarkan tentang keganasan dan kezaliman komunis. Sejarah membuktikan bagaimana peritnya hidup masyarakat pada masa itu ekoran daripada kekejaman komunis. Apa yang telah dilakukan komunis dalam tempoh beberapa hari Jepun menyerah kalah kepada British meninggalkan banyak kesan dan cerita yang tragik ekoran kekejaman komunis. Banyak darah telah tumpah ke bumi. Nyawa begitu murah dan tanpa harga kepada pihak komunis pada masa itu. Jadi, tidak menghairankan sekiranya banyak pihak memprotes untuk menerima Chin Peng balik ke Malaysia. Saya terfikir juga apakah agenda yang tersembunyi apabila ada pihak yang menyokong dan meminta kerajaan Malaysia menerima kepulangan Chin Peng. Dalam pada itu, kerajaan juga seharusnya meneliti semula sejarah tentang sesetengah pejuang tanah air yang sumbangan mereka seolah-olah diabai dan dilupakan. Saya tertarik dengan cerita seorang bekas PPH yang terlibat dalam operasi Sri Aman puluhan tahun yang lalu sehingga membawa kepada penyerahan Bong kee Chuk (Pemerintah Komunis Sarawak-kalimantan) di Sri Aman. Ekoran daripada peristiwa itu nama Simanggang, tempat berlangsungnya perjanjian dan penyerahan diri komunis ditukar kepada nama Sri Aman sehingga kini. Amat menyedihkan bekas perajurit (PPH) yang terlibat menggadaikan nyawa pada masa itu tidak mendapat penghargaan dan apa-apa sumbangan jasa daripada kerajaan. Hanya berempat dan tanpa senjata pejuang keamanan tersebut menjemput dan mengiringi Bong kee Chuk keluar dari hutan tempat persembunyiannya. Tersilap langkah, atau berubah fikiran ke, akan menyebabkan banyak perkara yang tidak dijangka pasti berlaku. Bekas perajurit tersebut masih hidup dan meneruskan hidup di zaman tuanya kini seperti insan pesara yang lain walaupun sumbangannya begitu besar terhadap negara. Bagi saya, beliau dan rakan-rakan merupakan pejuang yang dilupakan.
Saturday, June 20, 2009
Budaya Satay
Memang tidak dinafikan dalam sesebuah organisasi ada jenis manusia yang mengamalkan "budaya satay" ini. Satay memang sedap dimakan dan saya masih teringat setiap kali berkunjung ke KL pasti tidak melepas peluang bersama-sama teman menikmati satay kajang. Dulu satay kajang cuba diperluaskan perniagaaannya di Semariang Food Court Kuching tetapi kurang mendapat sambutan. Agaknya namanya saja satay kajang tetapi "originalitinya" mungkin sedikit berbeza. Saya sebenarnya teringat dengan cerita teman dalam entri yang lepas tentang rakan sekerjanya yang mendapat APC. Tetapi sebelum pergi kepada cerita teman saya ini, saya suka bercerita tentang satay. Satay memang cukup enak tetapi perlu dicucuk dengan lidi, dibakar dan dikipas agar tidak hangus. Dicicah dengan kuah satay dengan nasi impit atau lemang dengan sedikit bawang memang cukup menyelerakan. Ramuannya dan cara menyediakan satay cukup menggambarkan perlakuan manusia yang analoginya sama seperti satay dalam sesebuah organisasi. Manusia yang suka mencucuck, membakar, mengipas dan menenyehkan satay dalam kuahnya serta ditambah kuah sedikit pedas bersama nasi impit atau lemang dengan busuk bau bawang. Teman tadi bercerita bagaimana rakan sekerjanya setiap hari akan melakukan perkara yang sama dan lebih memburukkan keadaan dia mendapat kepercayaan bosnya yang sedikit buta dalam menilai manusia seperti itu. Hikpokrit, pengadu domba, pemfitnah, meluat, menyampah, sakit hati dan pelbagai ungkapan yang tidak enak keluar dari mulut teman yang bercerita tadi. Sampai sekarang saya pun masih berfikir tentang cerita tersebut. Dalam doa, memohon agar dijauhkan dan tidak menjadi mangsa manusia seperti itu.
Friday, June 19, 2009
Self Motivation
Many of us find ourselves in motivational slumps that we have to work to get out of. Sometimes it's like a continuous cycle where weare motivated for a period of time, fall out and then have to build things back up again.
A good way to be continuously self- motivated is to implement something like these 8 steps from Ian Mckenzie.
How I see this working is while you're developing these mental steps, and utilizing them regularly, self motivation will come naturally when you need it.
The key, for me, is hitting the final step to share with others. it can be somewhat addictive and self-motivating when you help others who are having trouble.
8 mental steps to self-motivation
My 8 steps
I enjoyd Ian's article but thought it could use some definition when it comes to trying to build a continuous drive of motivation. Here is a new list that is a little more generic:
- Start simple. Keep motivators around your work area - things that give you that initial spark to get going.
- Keep good company. Make more regular encounters with positive and motivated people. This could be as simple as IM chats with peers or quick discussion with a friend who likes sharing ideas.
- Keep learning. Read and try to take everything you can. The more you learn, the more confident you become in starting projects.
- Stay Positive. See the good in bad. When encountering obstacles, you want to be in the habit of finding what works toget over them.
- Stop thinking. Just do. If you find motivation for a particular project lacking, try getting started on something else. Something trivial even, then you'll develop the momentum to begin the more important stuff.
- Know yourself. Keep notes on when your motivation sucks and when you feel like a superstar. There will be a pattern that, once you are aware of, you can work aroung and develop.
- Track your progress. Keep a tally or a progress bar for ongoing projects. When you see something growing you will always want to nurture it.
- Help others. Share your ideas and help friends get motivated. Seeing others do well will motivate you to do the same. Write about your success and get feedback from readers.
What I would hope happens here is you will gradually develop certain skills that become motivational habits.
Once you get to the stage where you are regularly helping others keep motivated - be it with a blog or talking with peers - you'll find the cycle continuing where each facet of staying motivated is refined and developed. My 1 Step If you could only take one step? just do it! Once you get started on something, you'll almost always just get into it and keep going. There will be times when you have to do things you really don't want to: that's where the others steps and tips from other writers come in handy. However, the most important thing, that I think is worth repeating, is to just get started. Get that momentum going and then when you need to, take Ian's Step 7 and Take A Break. No one wants to work all the time!
Kecewa
Beberapa minggu lepas saya terserempak dengan beberapa orang bekas teman sekerja. Kami sempat membasah tekak di sebuah restoran mamak. Pekenakan teh tarik bersama roti canai dan kari kambing. "Cane keja,"? tanya saya kepada seorang teman. Saya dapat rasakan ada yang tak kena apabila mukanya mula masam, mengerutkan dahi dan menyandar ke belakang kerusi sambil mengangkat sedikit mukanya. "Aku sekarang kalau pegi keja pun, kerana nak dapat gaji dan kalau dapat nak mohon pindah keja ke tempat lain". jawabnya sambil mengeleng-geleng kepalanya perlahan-lahan.
" Kau bayangkan sampai sekarang aku tak dapat APC lagi. Dah lebih sepuluh tahun aku keja kat situ, tapi apa yang aku dapat," tambahnya lagi. "Saya bukanya nak sangat duit seribu ringgit tu, tapi yang penting aku nak juga perakuan tentang perkhidmatan aku selama ini" katanya dalam nada sedih dan kesal. Saya tahu teman saya ini seorang yang dedikasi dengan tugasnya dan begitu komited dengan tanggunjawab yang diamanahkan. Saya pun heran dan terfikir juga di mana silapnya sehingga teman tadi "dilupakan". Dari ceritanya teman tadi memberitahu bahawa ada lagi rakan sekerjanya yang lebih senior pun masih belum menerima APC.
"Sabar ......, agaknya belum rezki.Tak apa kalau U tak dapat, mungkin ada rezki lain yang lebih baik daripada itu,", pujuk saya walaupun saya tahu itu bukanlah jawapan yang mampu mengubat kekecewaan hatinya. Daripada perbualan memang ketara teman tadi begitu kecewa dan banyak yang tak puas hatinya terhadap perkembangan yang berlaku di tempat kejanya.
"Bagus... katanya apabila dia bercerita bagaimana bosnya mengelabah dan melatah apabila menerima surat layang daripada orang yang tak puas hati tentang pemberian APC . Saya mencadangkan supaya dia berjumpa dengan bosnya untuk berbincang manalah tahu ada ruang untuk membetulkan keadaan dan bosnya mendapat maklumat yang betul dan lebih tepat tentang dirinya.
APC: Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Thursday, June 18, 2009
Satu Malaysia
Slogan atau Gagasan? Saya masih keliru dengan konsep satu Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri. Mungkin kerana saya ketinggalan mengikuti perkembangan konsep yang diutarakan oleh Perdana Menteri atau kedangkalan ilmu dan pengetahuan saya memahami konsep tersebut. Dalam konteks negara berbilang kaum dan mempunyai pelbagai pola kaum (polarisasi) langkah kerajaan dalam merealisasikan hasrat murni tersebut dilihat sebagai suatu yang optimistik dan futuristik. Namun untuk mencapai hasrat murni tersebut setiap rakyat seharusnya mampu dan berusaha menghapuskan sentimen perkauman yang tebal tanpa adanya prasangka sesama sendiri. Tetapi, realitinya mampukah kita? Saya masih merindui kehidupan suatu ketika dulu di mana perasaan kejiranan dan kasih sayang dalam kelompok masyarakat berbilang kaum terus terjalin.
Di Sarawak, semangat hidup secara bersama tanpa prasangka begitu ketara dalam kalangan rakyat pribuminya. Persoalannya sekarang mengapa hubungan yang baik tersebut seolah-olah nampak semakin jauh dan semakin melebar jurangnya. Saya sendiri membesar dalam masyakat melayu dan iban dan kemampuan saya bertutur dalam bahasa iban diperolehi sejak saya kecil lagi. Bermain di rumah panjang dan terbiasa dengan tengkorak manusia yang terdapat di rumah panjang kini menjadi kenangan manis dalam kehidupan masa kecil saya. Orang melayu di Sarawak, biasa minum kopi di kedai orang cina malah ada teman -teman dari luar Sarawak mengalami kejutan budaya melihat keadaan betapa harmoninya kehidupan masyarakat berbilang kaum di sini. Sehingga kini masih kedapatan stall makanan orang melayu dalam kedai orang cina. Saya teringat dengan pengalaman bersama atuk mencari ikan ulu di hulu sungai suatu masa dulu. Dalam perjalanan balik kami singgah bermalam di rumah sahabat atuk sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Apa yang saya ingat sampai kini ialah bagaimana layanan sahabat atuk (orang iban) yang menyediakan santapan malam kami dengan mengambil periuk belanga dan pinggan mangkuk dari atas padung (Ruang atas dalam rumah) semata-mata menjaga dan menghormati kami sebagai keluarga beragama islam. Sekarang saya masih tercari-cari dan merindui keadaan seperti suatu masa dahulu di mana dalam apa jua majlis keramaian sama ada perayaan seperti Hari Raya, Gawai, melah pinang, perkahwinan dsb semua kaum tetap bersama meraikannya. Tidak dinafikan ia masih ada tetapi nilai "keindahan dan cantiknya" seperti yang pernah dirasai suatu ketika dulu semakin pudar dan hampir hilang.
Ada tikanya.... terhenti
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
Doa kepada semua guru yang pernah mendidik saya semoga mereka mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT serta sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah. Bagi saya tidak ada istilah bekas guru. Guru adalah guru untuk selama-lamanya. Salam dan selamat hari guru khususnya kepada Cik gu Hj. Abu Samad, C. Rais, C. Aini, C. Saadiah, C. Wan setia, C.Kopon, C.William, C. Layang, C. Adenan, C. Ishak, C. Hassan Wa Gani, C. Wan Madehi, C. Raja Hussien, C. Mohd. Ibrahim, C. Ahmad Wahab, C. Nik, C. Wee, Ust. Mohd. Syarif, Ustaz Mat Ilham, Ustaz Sarkawi, Ustaz Abdullah, Ustaz Mokhtar dll. Jasa cik gu-cik gu tetap di hati ini sehingga akhir hayat.
Untuk renungan guru-guru..... Bad teacher complains....
good teacher explains....
better teacher demonstrates....
best teacher motivates....
great teacher inspires....
Monday, May 11, 2009
Diari Perjalanan
Saya tidak menolak berkongsi minuman kopi yang dibawanya dalam thermos berwarna merah seperti yang biasa dibawa oleh nenek saya ketika pergi berhuma suatu ketika dahulu. Suaminya,( omputih) lebih banyak tersenyum dan sekali sekala menyampuk dan bercakap dalam bahasa Sarawak. Saya dan wanita tersebut lebih banyak bercakap dalam bahasa iban. Saya mengusik dengan bertanya bagaimana pertemuan mereka sehingga beliau sanggup mengikut suaminya berhijrah ke negara asing tersebut. Panjang ceritanya, dan semuanya bermula apabila suaminya tertarik dengan kerja-kerja kraf tangan yang dibuatnya suatu ketika dahulu. Kalau tak silap saya, wanita tersebut berasal dari kawasan Sri Aman dan sebelum ini menetap di Batu Kawa.
Katanya, paling kurang pun dua kali setahun dia akan balik ke Sarawak untuk sambutan Hari Gawai dan Krismas. "Indahnya tempat orang, lebih indah negeri kita sendiri, saya sering merindui kampung halaman dan sanak saudara," bisiknya dengan perlahan antara kedengaran dan tidak apabila saya mengaju pertanyaan tentang perasaannya....... " Cari saya jika pergi ke Fulham," pelawaannya kepada saya dengan bersungguh-sungguh.
Sunday, May 10, 2009
Teman Hidup
Saya suka dengan ungkapan ini...... Tak perlu mencari teman secantik Balqis
jika diri tak seindah Sulaiman Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
Jika kasih tak setulus Zulaikha Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim
jika tidak sekuat Sarah Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah
Jika diri tak sesempurna Rasulullah.
Hari Ibu
Thursday, May 7, 2009
Atuk dan ceritanya
Semuanya berlaku lebih 60 tahun yang lalu. Saya pernah cuba menemukan atuk dengan anaknya. (emak saudara saya) Tetapi atuk enggan walaupun puas kami memujuk. "Atuk tak rasa bersalah kah"? Atuk terdiam dan wajahnya berubah. Dari tutur katanya, saya tahu atuk rasa bersalah meninggalkan mereka tanpa kasih sayang seorang suami dan seorang ayah. Atuk menolak dan katanya dia tidak mahu pertemuan itu akan menimbul kesan yang tidak baik. "Apa yang tidak baik",?
Wednesday, May 6, 2009
Transit
Saya sengaja memilih tempat duduk di bahagian tingkap. Mudah untuk saya melelapkan mata sekiranya mata mula letih dan bahan bacaan semakin mengecil dan semakin kabur. Transit di satu destinasi, seorang anak gadis masuk dan duduk di sebelah saya. Keselesaan saya sebelum ini sedikit terganggu dan hati saya terubat apabila gadis tersebut melemparkan senyuman manisnya.
Sepanjang perjalanan, kami melayani fikiran masing-masing. Mencuri pandang melalui ekor mata, saya dapat rasakan gadis tersebut seolah-olah berhadapan dengan suatu masalah. Wajahnya nampak keletihan. Jarinya asyik menari di pad hpnya. "Sms lah tu", bisik hati saya. Teringat dengan ungkapan "golongan anti-sosial". Sepanjang perjalanan kami tidak bercakap sepatah pun sehinggalah tiba di satu lagi destinasi transit.
Saya menghulur guava yang saya beli tadi kepadanya. Dia menolak dengan baik tetapi saya memujuknya untuk menerimanya. "Masih belajar"? saya memulakan bicara. "Ya, di IPG, dan baru selesai Praktikum". sahutnya dengan suara yang lembut. "Semester akhir dan lepas ni exam", sambungnya lagi dengan nada semakin ramah. .... "Terima kasih dan Insya Allah", ucapnya, setelah saya nasihatkan dia agar study sungguh-sungguh dan kekalkan CGPA yang diperolehinya. Selepas itu kami rancak berbual dan dia mula bercerita tentang keluarganya.Menurut gadis tersebut setiap hujung minggu dia terpaksa balik ke kampung untuk menjaga ayahnya yang sakit. "Kesian ngan emak, dan kalau saya ada, dapatlah kami bergilir-gilir menjaga ayah. emakpun bukannya sihat dan selalu jugak sakit", , tambah gadis tersebut dengan nada sedih. Menurut gadis tersebut, ayahnya hanya mampu terbaring sahaja dan tidak mampu berdiri dan berjalan seperti biasa selepas menjalani rawatan di hospital. Keadaannya semakin teruk selepas mendapat rawatan di hospital berbanding sebelum ini. "Mungkin kesan ubat", saya menyatakan pandangan. "Ada berubat cara kampung?" tanya saya kepada gadis tersebut. "Yang terbaru kami panggil seorang ustaz. Kata ustaz, ayah saya menderita akibat 'buatan orang'. Bomoh-bomoh sebelum ini pun, mengatakan perkara yang sama. Ayah pernah bengkak di bahagian lengan suatu masa dahulu selepas bersalam dengan seseorang, dan apabila di X-ray didapati ada kayu dalam lengan ayah", cerita gadis tersebut dengan bersungguh-sungguh. Saya hanya mampu menasihat gadis tersebut agar bersabar dan menjaga ayahnya sebaik mungkin tika hayatnya masih ada. Jangan lupa solat malam dan solat hajat mohon ayahnya segera sembuh.
"Ada pendinding ke"? tanya saya menutup perbualan. "Tak ada" jawab gadis tersebut. Jawapan yang saya rasa cukup jujur. "Saya hanya membaca surah yasin setiap malam" katanya lagi. "Tak cukup dik, belajar dan bertanyalah kepada orang alim dan orang tua kerana ilmu-ilmu ghaib ini tidak ada diajar di sekolah dan di universiti. Selebihnya berdoa dan bertawakal kepada Allah". Kami sampai di destinasi yang sama. kami terus dengan haluan masing-masing. Sebelum beredar gadis tersebut sempat mengukir senyuman manis dan mengucap terima kasih sebelum meminta diri. Doa saya moga dia berjaya dan ayahnya cepat sembuh daripada penyakit yang dideritainya. Cerita gadis tersebut amat menarik bagi saya dan sedikit sebanyak ia memberi pengajaran kepada saya dalam menempuh hidup ini. Saya banyak mendengar cerita-cerita misteri dan mistik dalam kalangan masyarakat kita. Realitinya dan harus kita akui di dunia ini banyak jenis manusia yang masing-masing dengan seribu satu ceritanya.
Sunday, May 3, 2009
Hidayah
Saya teruja setelah menerima panggilan daripada Setiausaha YB Menteri Hal Ehwal Agama untuk bersama-sama dalam majlis yang penuh bermakna dan menginsafkan itu. Bukannya kerana saya tidak biasa dengan perkara seumpama itu malah seingat saya, ini merupakan kali ke empat saya terlibat. Alhamdulillah pada malam jumaat lepas, semuanya telah berjalan seperti yang dirancang walaupun dalam masa yang agak singkat dan nampak tergesa-gesa.
Wakil daripada Agensi yang berkaitan seperti JAIS, PERKIM, YADIM dan JAKIM turut hadir dan sambutan masyarakat sekitar juga amat memberangsangkan. Saya bukannya hendak bercerita tentang majlis tersebut cuma agak tertarik dengan cerita bagaimana seorang yang kuat pegangan agamanya yang terdahulu telah diberi Allah hidayah untuk kembali kepada Islam. (Saya lebih suka menggunakan istilah kembali kepada Islam bukannya "masuk islam"). Tugas saya dengan notis yang singkat agak mudah dengan kerjasama semua pihak yang terlibat kerana dalam masa yang sama saya sebagai pengacara/perantara dan pemudah cara. Saya terharu dan terasa mata mula berkaca apabila selesai sahaja majlis teman-teman yang hadir bersalam-salaman dan memeluk/mendakap saudara kita tersebut sambil mengucap tahniah dan syukur. Saya sendiri pun entah berapa kali mengucap tahniah kepada beliau dan semua ahli keluarganya. Teringat saya kata-kata guru saya dulu, "Orang yang baru memeluk islam ini, dosa mereka terhapus dan kembali seperti kain yang putih bersih",. So, bagaimana dengan amalan kita yang sudah berpuluh tahun hidup di muka bumi Allah ini. Terasa banyak kekurangan dan terlalu sedikit berbanding dengan rahmat Allah kepada diri ini. Terasa betapa kerdil diri ini. Teringat jugak ungkapan sinikal "Islam warisan" daripada penceramah-penceramah yang sememangnya menyentuh hati.Saturday, May 2, 2009
Murah dan Menjimatkan
Seminggu cun-cun sik surf internet nang boring rasanya. Tapi bila difikir-fikirkan memang ada juak hikmahnya. Seorang teman blogger mengingatkan nyuruh sabar dan madah ada hikmahnya setiap apa yang berlaku. Terima kasih banyak-banyak.
Nang benar dalam seminggu ya, dapat juak kamek ngurus perniagaan kecil-kecilan membekal keperluan rumah seperti cecair pencuci pinggan mangkuk, Floor Cleaner, Toilet wash, colorox, Laundry liquid, Softener, powder detegents, Car wash shampoo, wax, Leather clean, Glass and table cleaner, Decreaser, Body shampoo dan hand soap.Semua barangan ya kamek dapat dari pembekal(kilang) dan dipack semula. Yang paling banyak permintaan ialah laundry liquid dan dish wash. Kinek tuk kamek dapat mberik rega laundry liquid ya (warna biru) ya serendah RM4.00 sekg, RM17.50 (5kg) dan RM30.00 untuk 10 kg. Semua rega yang ditawarkan jauh lebih murah daripada rega pasaran.
Sapa-sapa yang berminat bolehlah menghubungi kamek untuk mendapat senarai barangan dan reganya sekali. Mulai ari tuk kamek nang bercadang nak nurun rega agar semua kita dapat berkongsi terutama dalam keadaan ekonomi yang sik menentu tuk. Kepada teman-teman yang berminat bolehlah menghubungi melalui emel: iskander_65@yahoo.com
Reformat dan Streamyx
Seminggu
- Suatu jangka masa yang sangat membosankan. Timbul pelbagai perasaan yang negatif. Bercambur baur. Apa tak nya bila komputer hang... terpaksa di format semula. Dah ya, sik dapat nak melayari internet. Blog "tersadai" cun-cun selamak seminggu. Menghubungi sidak TM. Berpuluh-puluh kali dalam sehari, dapat juak sekali duak tetapi selalu terputus. Sungguh menyakitkan hati."Panggilan anda adalah amat penting kepada kami, Pegawai perkhidmatan pelanggan kami masih sibuk, sila hubungi sebentar lagi". Dialog mesin yang dicipta manusia yang sungguh menyakitkan hati. Ari tuk janji sidak TM nak nukar modem baru setelah sidak yang masang dolok madah modem ya ada masalah tapi ari marek dan pagi tuk dapat juak dipakei.
Sidak TM madah area kamek sia ada masalah liputan streamyx. Anehnya kawan-kawan kita di sia dapat juak melayari internet makei streamyx. Pelik kan. Tindakan diambik bila kamek menghubungi pegawai atasan sidaknya makei channel lain. Ari marek beberapa kali sidak TM menghubungi kamek walaupun cuti. Bait na juak o.
# Tubuh badan kita juak pun sebenarnya perlu juak di format semula....
Friday, April 24, 2009
Tazkirah
Siapa kita?
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata; "Inna lillahi wainna ilaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi aku reda dengan ketentuanMU ini," sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpukan/mengumpulkan/leka dengan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitkannya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaan neraka.
# Di mana kita? Berdoalah mudah-mudahan kita tidak berada dalam golongan yang rugi di dunia dan rugi di akhirat. Lebih dahsyat dan paling rugi apabila kita miskin di dunia dan miskin juga di akhirat.
Thursday, April 23, 2009
Catatan perjalanan di luar Daerah.
"Kau harus membayar harganya."
"Kenapa saya perlu membayar?, "
" Habis, kenapa engkau berada di sini?,"
" Aku hanya ingin melihat keadaan di sini. itu saja,"
"Engkau seolah-olah memberi harapan kepadanya.Kau tak kesian ke?,"
"Entahlah"
"Dia berasakan yang engkau memerlukannya,"
"Tidak!"
"Engkau telah mengecewakannya,"
"Aku tak buat apa-apa pun,"
"Engkau tak merasa engkau bersalah ke?
Bagaimana reaksinya apabila mereka melihat kehadiran kita?,"
"Tak tau lah, mungkin......".
"Sahabat....engkau mengakui jua akhirnya..., itulah dunia mereka, bukan dunia kita, tetapi mereka sebahagian daripada kita."
Wednesday, April 22, 2009
Tips mudah untuk mengawal emosi
- Selalu berfikiran positif & logik
- Selalu menenangkan fikiran daripada diganggu
- Selalu memberi senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebagai respons
- Membaca petikan, kata-kata, cogankata, peribahasa dan lain-lain yang boleh memotivasikan diri
- Sentiasa memafkan orang lain
- Selalu berdoa
- Elakkan daripada hidup yang sentiasa tertekan
- Selalu bersenam
- Elakkan daripada bercakap dengan nada yang tinggi
- Mempunyai masa rehat yang cukup
Tuesday, April 21, 2009
Discharge.....
Kudrat.....
Kesian.... ya ajak yang mampu diucap bila ndiat pak nek terlantar di speta. Tedah ya, bila dah usia dan hampir nutup senja apa lah kudrat yang ada. Anak cucu hanya mampu berdoa moganya cepat bait. Umur dah dekat 110 tahun tapi masih mampu berinteraksi dengan anak cucu cicit. Dalam sakit (kakinya patah mbak guguk), masih juak nak berguro dengan cucunya madah kakinya patah mbak main futsal. Alhamdulillah, ingatannya masih bagus cuma mata jak dah kabur dan silo. Mata nampak juak sikit selepas dibedah di Speta Normah ari ya. Kesian ngan Wa yang sik tido ngintu pak nek di speta. Moga Allah membalas semua keikhlasan Wa nyaga pak nek. Selamak tuk pun, nang wa nyaga orang tua ya. Ngabas pak nek dan diat orang sakit di speta mengingatkan dirik tentang peringatan hadis "ingat 5 perkara sebelum 5 perkara". Orang tua masih ada kitalah nyaga dan jenguk orang tua, mun dah sik ada kita hanya mampu ngenang ajak. Sik dapat diambik pulang.
Monday, April 20, 2009
Perjalanan....
Ternyata ia mengundang resah. Keletihan dan memenatkan. Seketika pancainderaku serasa tidak berfungsi seperti biasa. Memang benar, kekadang meskipun mata terbuka luas tetapi ia tidak mampu melihat. Telinga tidak mahu mendengar. Fikiran menerawang tanpa arah. Pancainderaku kubiarkan sendiri tanpa aku bersama mereka.
Biarkan..... nanti ia pasti akan kembali semula.
Thursday, April 16, 2009
Wednesday, April 15, 2009
Misteri....
Saya masih menyimpan 2 gambar misteri yang dirakam melalui CCTV yang diberi oleh seorang teman. Rakaman CCTV tersebut menunjukkan ada bayangan lembaga putih yang terdapat dalam Lift di sebuah hospital dan gambar seorang wanita berpakaian putih berjalan keluar dari bilik pesakit sebuah hospital di ibu kota. Secara jujurnya saya sukar untuk mempercayai cerita-cerita sedemikian walaupun ada rakaman dibuat. Cerita-cerita aneh yang berlaku di hospital memang selalu kita dengar dan saya suka berkongsi salah satu daripadanya cerita misteri yang pernah berlaku di salah sebuah hospital.....
Salah sebuah katil di bilik ICU sebuah hospital ternama kerap berlaku kejadian pelik. Setiap pesakit yang ditempatkan di situ pasti meninggal pada setiap hari jumaat.Perkara ini sangat membingungkan para doktor dan petugas di situ. Kedengaran juga bisik-bisik yang mengatakan bilik itu berpenunggu dan selalu mendengar bunyi-bunyi yang pelik dan bunyi yang kadangkala menakutkan. Ramai yang percaya ada makhluk halus yang membuat kacau di situ. Para doktor dan pekerja di situ pun memutuskan untuk memantau katil tersebut. Doktor dan beberapa pekerja yang muslim memegang surah yasin sebagai persiapan menghalau makhluk halus yang diketuai oleh seorang ustaz.
Masa berputar.... pukul 8.00 pagi!, 8.30 pagi, 9.00 pagi. Tiba-tiba....... pintu bilik ICU terbuka. Doktor dan yang lain membongkokkan diri masing-masing di bawah katil. Tiba-tiba........
Tiba-tiba muncul Mak cik Nab, pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaaat.
Wanita tua itu mendekati katil keramat tersebut.... dan terus mencabut soket elektrik yang membekalkan tenaga kepada alat pernafasan bantuan. Dia kemudian memasukkan soket baru untuk menghidupkan vacuum cleanernya.
Monday, April 13, 2009
Cerita Hantu
Mutakhir ini dapat dilihat kecenderungan saluran TV di negara kita menayangkan cerita-cerita seram (hantu). Kalau tak pun, terdapat tayangan yang berkaitan dengan dunia misteri dan mistik. Memang tidak dinafikan pelbagai cerita seram dan misteri ini sedikit sebanyaknya akan mempengaruhi pemikiran seseorang tentang hantu dan perkara-perkara ghaib dan pelik. Mungkin cerita tentang hantu ini boleh dijadikan renungan....
Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan. Setelah menghabiskan kerjanya, lebih kurang pukul 10 malam, dia yang berada di tingkat 8 bangunan itu bersedia hendak turun ke tingkat bawah. Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35.Apabila sampai di tingkat 35, pintu lift terbuka dan masuklah seorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikal mayang serta berbau sangat wangi. Razak berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus ke belakangnya. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift sedang turun, lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black- out. Semasa dia meraba-raba mencari loceng kecemasan lift itu, dia terbau sesuatu yang amat busuk. Dlam kegelapan itu, pelbagai perkara bermain di fikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu. Lututnya pun semakin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya.
Peluh di badannya sudah pun keluar dan matanya pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.
Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh ke belakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi. Giginya yang amat cantik sambil berkata;
" I'm sorry, tadi I terkentut".........
Sunday, April 12, 2009
Kecerdasan Emosi (EQ) - Takrifan Asas
Istilah EQ mula diperkenalkan oleh dua orang ahli psikologi, iaitu Peter Salovey dan John Mayer. Kemudian takrifan EQ dikembangkan lagi oleh Daniel Goleman. Menurut Salovey dan Mayer (1990), EQ didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengawal perasaan dan emosi sendiri dan orang lain, membezakan antara kedua-duanya dan boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memandu pemikiran dan tindakannya.
Di antara ciri-ciri EQ ialah:
- Kebolehan mengetahui emosi sendiri
- Kebolehan dalam pengurusan emosi
- Kemahiran meningkatkan motivasi diri
- Kebolehan mengawal emosi orang lain
- Kebolehan menjalinkan persaudaraan.
Sementara Goleman (1998) mentakrifkan EQ sebagai kebolehan untuk mengenal pastikan emosi diri dan orang lain, untuk memotivasi diri kita dan menguruskan emosi dengan baik dalam diri kita serta pembinaan hubungan antara perseorangan yang dapat dikategorikan kepada 5 dimensi EQ seperti.
- Kesedaran diri (Self-awareness) - mengamati diri dan mengenali perasaan diri sendiri; mengetahui hubungan antara fikiran, perasaan dan reaksi.
- Kawalan diri (Self-regulation) - mengurus keadaan, desakan dan sumber dalaman seseorang.
- Motivasi diri(motivation) - Kecenderungan emosi yang memimpin atau memudahkan pencapaian matlamat.
- Empati (emphaty) - Memahami perasaan dan masalah orang lain dan berfikir dari sudut pandangan mereka; menghargai perbezaan perasaan orang mengenai pelbagai hal.
- Kemahiran sosial (Social skills) - Kemahiran berkomunikasi dan keupayaan untuk membantu orang lain menguruskan emosinya.
Menurut Goleman(1995), EQ yang dikaitkan dengan pengalaman tertentu yang diperolehi dalam membentuk trait yang positif dan negatif. EQ/EI dapat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu:
- Penilaian dan ekspresi emosi
- Emosi dan proses membuat keputusan
- Pengetahuan mengenai emosi
- Pengurusan emosi
Definisi EQ yang diberikan Murray (1998) pula, menunjukkan bahawa EQ merupakan satu kebolehan untuk mengekang perasaan atau emosi negatif seperti marah dan ragu-ragu serta memfokuskan kepada perasaan positif serta keyakinan diri.
Selain itu McGarvey (1997) menyatakan terdapat 4 kebolehan yang harus dimiliki untuk meningkatkan EQ seseorang individu, iaitu kebolehan untuk mengawal dorongan, emosi, berada dalam keadaan bermotivasi walaupun menghadapi kekecewaan dan berempati dengan orang lain. Sehubungan itu, EQ merupakan kebolehan untuk merasai, memahami dan mengaplikasikan secara berkesan kuasa dan penilaian yang baik terhadap emosi yang merupakan sumber tenaga, informasi, perhubungan dan pengaruh manusia (Cooper Sawaf,1997).
Secara ringkasnya, dalam konteks organisasi EQ boleh ditakrifkan sebagai satu mekanisme atau keupayaan dalaman seseorang individu yang wujud untuk mengurus dan mengawal perasaannya (pengurus) dan juga orang lain (pekerja) disamping memberi dorongan positif ke arah mewujudkan satu perhubungan manusia yang dapat membawa kepada pencapaian matlamat bersama serta keberkesanan organisasi.
Saturday, April 11, 2009
Kursus Dalam Perkhidmatan - IBKL (1994)
Menjejaki teman-teman seperjuangan.....
UFO??? atau.....
Yang menariknya Objek tersebut dikesan oleh penduduk sejak dua bulan lalu.
Pihak DCA pula mendakwa ia bukan Pesawat Tanpa Pemandu (UVA), kerana radar yang ditempatkan di Johor berupaya mengesan sebarang pesawat atau objek terbang yang melintasi ruang udara negara dalam lingkungan 80 Km Persegi.
Sebelum ini, UFO dikatakan telah dikesan di:
- di Gunung Jerai (2006)
- di Tanjung Sepat (1999)
- di Pontian (1991)
- di Ulu Langat (1984)
- di Toronoh Perak (1974)
UFO dikesan di Gunung Jerai, kedah (2006)
Misteri UFO yang dikesan sehingga kini masih belum terungkai. Mungkinkah....
- Ia pesawat peninjau dari negara asing.
- Pesawat makhluk asing? (Agaknya seperti yang digambarkan dalam cerita Ultraman kot!)
- Teknologi yang kita gunakan tidak mampu mengesan objek terbang.
- Atau teknologi asing tersebut lebih canggih sehingga tidak mampu dikesan oleh radar DCA.
Anehnya, penduduk di Larkin dapat pulak melihat dengan jelas objek tersebut. Mengapa objek tersebut selalu kelihatan di Johor. Beberapa kes pencerobohan ruang udara pun di Johor.
Friday, April 10, 2009
Kesempatan & Peluang...
"Kalau saya berpeluang atau diberi peluang, diberi kesempatan dan berada pada masa yang betul, tempat yang betul sayapun boleh berjaya seperti mereka yang berjaya pada hari ini."
Ungkapan ini mengingatkan saya dengan keadaan kampung saya suatu ketika dahulu. Membandingkan keadaan sekarang dengan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun yang lalu, saya amat bersyukur sekurang-kurangnya saya masih dapat mengingati jejak-jejak pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah. Secara jujurnya saya melihat tidak banyak pembangunan dilaksanakan pada kaca mata saya. Malah nafas pembangunannya berdegup agak perlahan. Mungkin penilaian saya ini sedikit bias kerana saya membesar di ibu kota tetapi setiap cuti sekolah saya tetap balik ke kampung.
Alhamdulillah, sesekali balik menjeguk keluarga dan saudara mara, banyak kenangan yang tersingkap dan ia sering menggamit rindu untuk pulang. Lebih membanggakan taraf pendidikan anak-anak kampung dapat ditingkatkan dan ramai yang mendapat pekerjaan yang "bagus". Kalau dulu ukuran "pandai" atau "bernasib baik" atau "bertuah" seseorang itu dinilai apabila seseorang itu bekerja dengan kerajaan atau istilah orang kampung "kerja perintah." Semua ini berlaku kerana yang mendapat kerja kerajaan itu tadi dapat dibilang dengan jari jumlahnya. Jauh bezanya sekarang dan keadaan ini begitu ketara apabila saya berpeluang untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan seperti pada Hari Raya Aidilfitri. Tidak keterlaluan kalau saya katakan setiap rumah di kampung pasti ada sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Bagi saya semua yang berlaku ini apabila kesedaran terhadap pendidikan anak-anak semakin tinggi dalam masyarakat kampung. Mendengar cerita saudara mara tentang keadaan kampung suatu ketika dulu, ia benar-benar menginsafkan saya. Apa tidaknya, dulu, sekolah rendah yang ada pun tidak cukup kelas dan guru. Kelas yang di sekolah pun terpaksa dibuat secara berselang tahunnya. Maksudnya, dalam tahun-tahun tertentu kelas yang ada mungkin hanya ada kelas darjah 1, darjah 3 dan darjah 5 sahaja. Nak menyambung persekolahan ke darjah 6 misalnya terpaksa pergi ke tempat lain yang mengundangkan banyak lagi masalah seperti sekolah yang jauh, naik bot 6 - 8 jam perjalanan, perbelanjaan, tempat tinggal, berpisah dengan keluarga dan banyak lagi yang "tak tercapai oleh akalku". Kalau lah pada peringkat sekolah rendah begitu keadaannya, bayangkan bagaimana pula nak ke sekolah Menengah. Apalagi pada masa itu pendapatan orang kampung hanya berkerja sebagai nelayan, buruh kuari, pekerja kilang papan, kerja kayu balak, petani dan kerja-kerja kampung tidak mampu untuk menghantar anak ke "negeri" orang. Bagi yang "kuat," berkemampuan dan berpandangan jauh akan melakukan apa saja untuk anak-anak. Selebihnya, lebih ramai yang tercicir dan berhenti setakat itu sahaja. Tersekat akibat ketidak-upayaan dan kemiskinan yang sentiasa mencengkam kehidupan penduduk.
Dalam pada itu, bagi mereka berhijrah, keluar dari kampung mencuba nasib dan mencari rezeki ke kota, anak-anak mereka inilah, banyak yang berjaya dan membuka mata dan minda orang kampung untuk mengorak langkah yang sama demi pendidikan anak-anak mereka. "Keadaan sekarang jauh berubah" kata udak (panggilan untuk emak saudara), "kita boleh berbangga sudah ramai anak kampung ini yang telah berjaya belajar sampai ke Universiti", sambung Usu Ali. Memang tidak dinafikan ramai yang berjaya seperti dalam bidang profesional, ahli politik dan ahli perniagaan.
Dalam diam-diam, dengan penuh keinsafan dan rasa syukur, saya akui saudara maraku di kampung suatu waktu dahulu memang terperangkap dalam ketidakupayaan, tidak berpeluang dan tidak ada kesempatan.
KABINET MALAYSIA - Syaf yang Padu.....
TAHNIAH DAN SYABAS!!!
Barisan Menteri dan Timbalan Menteri dari Sarawak dalam Kabinet 2009
Datuk Douglas Unggah Embas
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Chin Fah Kui
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air
Barisan Timbalan Menteri
- Datuk Hj. Fadillah Yusof - Timbalan Menteri Sains Teknologi & Inovasi
- Datuk Rohani Karim - Timbalan Menteri Pertanian & Asas Tani
- Datuk Yong Khoon Seng - Timbalan Menteri Kerjaraya
- Datuk Robert lau Hoi Chew - Timbalan Menteri Pengangkutan
- Datuk Joseph Salang Gandum - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
- Datuk Jacob Dungan Sagan - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri
- Datuk Joseph Entulu ak Belaun - Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
- Datuk Seri Sulaiman Abd. Rahman b. Taib - Timbalan Menteri Pelancongan
- En. Jelaing ak Mersat - Timbalan Menteri Dalam Negeri
Aspirasi: "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
Kabinet yang diharapkan dengan memperkenalkan satu paradigma yang bakal memacu prestasi dan pencapaian melalui pendekatan "Petunjuk Prestasi Utama" (KPI).
Dalam bidang pendidikan, pendekatan dan penekanan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI ini telah lama dilaksanakan. Tak tau lah kalau ada sekolah-sekolah yang kurang biasa atau tidak dibiasakan dengan istilah PPU atau KPI tersebut.
Thursday, April 9, 2009
Wednesday, April 8, 2009
Keputusan Pilihanraya Kecil (PRK)
Di Kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (PAS) menang dengan majoriti 2,789 dengan mendapat 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
DI DUN Bukit Selambau pula, Calon PKR, Manikumar menang dengan majoriti 2,403 dengan mendapat 12,632 undi manakala pencabar terdekatnya Datuk S. Ganesan mendapat 10,239 undi.
Menariknya di Sarawak, Calon BN, Malcom Mussen Lamoh memenangi DUN Batang Aik dengan majoriti 1,854. Malcom mendapat 3,907 undi berbanding calon PKR Jawah Gerang yang memperoleh 2,053 undi.
Sekadar pandangan kenapa BN menang di Sarawak.
- Parti BN di Sarawak memang sudah lama mendominasi kawasan tersebut.
- Seolah-olah telah tertanam dalam minda pengundi (terutama generasi tua) Lambang BN sudah sinonim sebagai parti pemerintah yang harus disokong.
- Kerajaan menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi menawan hati pengundi di situ. Pelbagai projek dan kemudahan disediakan dan dijanjikan.
- Mewujudkan sentimen tidak menerima Parti dari Semenanjung. (Parti asing)
- Gerakan secara bersepadu jentera pilihanraya BN bagi memastikan calon Bn menang.
- Budaya masyarakat kita yang menghormati pemerintah. Ketua Menteri dan Menteri-Menteri yang lain turun padang sudah pasti memberi kredit kepada calon BN. Selain itu, sokongan rakan-rakan dalam komponen BN dari negeri lain seperti Sabah juga banyak membantu.
- Pendekatan mendampingi dan mempengaruhi ketua (Penghulu dan tuai rumah ) ternyata strategi berkesan. Biasanya anak buah akan mengikuti kata seorang ketua yang dihormati. Si isteri pula akan menuruti kata si suami.
- Mentaliti masyarakat yang dimomokkan ,sekiranya tidak menyokong BN atau parti kerajaan bererti menentang kerajaan. Orang yang menentang kerajaan tidak akan mendapat apa-apa kemudahan dan bantuan daripada kerajaan. (Disenaraihitamkan)
Di pihak Parti Pembangkang pula:
- Kekuatan jentera pilihanraya agak terbatas dalam banyak aspek seperti manpower, fasiliti, projek?, dan banyak lagi berbanding dengan BN.
- Mengharap kepada generasi muda untuk melakukan perubahan sedangkan banyak pengundi di situ adalah golongan veteran.
- Maklumat dan penerangan tentang isu-isu dibangkitkan seperti tanah NCR walaupun mampu menarik perhatian tetapi masih dapat dipatah oleh pihak BN.
- Masyarakat di situ tidak begitu yakin PKR mampu membuat perubahan kerana mereka telah diyakini bahawa parti pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa pembangunan di situ.
- Sambutan masyarakat tidak begitu memberangsangkan kerana atas sikap dan budaya barangkali, " sesiapapun yang memerintah, hidup kami macam ni lah jugak."
- Kesedaran untuk bangun bertindak dan menentang sesuatu ketidakpuasanhati terhadap isu-isu yang dibangkitkan belum lagi terpahat dalam hati penduduk di situ.