Saturday, January 17, 2009

Teknik Sumbangsaran - memupuk idea kreatif dalam kalangan pelajar.

Terdapat banyak kaedah dan teknik P&P yang boleh digunakan guru untuk menyampaikan pelajaran kepada anak didik mereka. Salah satu kaedah yang menarik tetapi jarang digunakan oleh guru ialah kaedah sumbangsaran atau percambahan fikiran. Kaedah ini sesuai terutamanya dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik dalam masa yang singkat.
Faedah dan kekuatan kaedah sumbangsaran:
  • Sumbangsaran atau percambahan fikiran adalah suatu kaedah untuk mendapatkan seberapa banyak idea daripada sekumpulan peserta dalam masa yang singkat.
  • Kaedah ini juga sering digunakan oleh beberapa organisasi pengurusan yang terkenal sebagai usaha untuk mencapai matlamat organisasi dalam meningkatkan kualiti dan produk mereka.
  • Semasa sesi sumbangsaran ini dijalankan, semua idea yang disampaikan oleh semua pelajar adalah diterima, sama ada betul atau salah.
  • Semua pelajar bebas mengeluarkan idea.
  • Banyak idea dapat dihasilkan oleh individu secara berasingan.
  • Interaksi di antara individu yang mempunyai pelbagai pengalaman dan pengetahuan akan melahirkan idea-idea yang banyak dan baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Masa yang singkat menjadikan aktiviti ini lebih menarik, cepat dan rancak. Ia tidak menjemukan sesi pembelajaran.
  • Manakala pelajar akan melibatkan diri secara lebih aktif untuk memberikan pandangan dan idea mereka semasa proses P& P dijalankan.
  • Bagi menjayakan proses sumbangsaran dalam P&P di sekolah, guru tidak perlu membuat penghakiman, penilaian atau kritikan idea-idea yang salah atau tidak benar.
  • Tujuannya untuk mencetuskan pemikiran dan idea yang kreatif. Sekiranya ditegur, nescaya mereka enggan lagi memberikan sumbangan. Walaupun kebiasaannya, kebanyakan dalam kalangan kita suka mengkritik pandangan orang lain, tetapi dalam proses sumbangsaran ini semua peserta adalah dilarang menegur dan mengkritik idea orang lain.
  • Satu lagi keistimewaan kaedah ini, pelajar boleh menumpang atau mengambil idea orang lain, mengubah atau mengembangkan idea itu untuk melahirkan satu idea yang baru.
  • Secara tidak langsung kaedah ini dapat melahirkan pemikiran kreatif dan suatu penghasilan yang inovatif.

7 comments:

  1. Saya minta izin menggunakan maklumat di atas. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. minta izin juga dengan maklumat tersebut...TQ

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan Blog,
    minta izin untuk petik serba sedikit maklumat kat sini ye.
    Terima kasih. ☺

    ReplyDelete